sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Friday, February 3, 2012

Ibu dah tak ada muka buku

salam jumaat dr ibu...rasanya sudah lama ibu tidak update blog ank2 ibu nie...ermmm..sibuk kah ibu??...huhuhuhu tak sibuk sgt pun...tapi memang sibuk pun..hehe...ngn urusan ank2 dan rumahtangga yg terpaksa ibu uruskan sendiri memandangkan ayah sekarang begitu sibuk ngn kerja ayah kat wokshop.....tapi takper demi anak2 dan masa depan keluarga kita ibu gagahi jua....

Ala ibuni poyojerkan..mcm teruk sgt jaga ank2 ibutu...tak teruk cuma kadang2 rasa penat yg amat..tanpa rehat menguruskan kalian yang masih kecil tanpa siapa yg boleh membantu ibu....balik kerja...hal rumahtangga dan ank2 pula...mungkin ibu-ibu yang berkerja dan punya anak -anak yang masih kecil akan tahu penat lelah dalam membesarkan anak-anak tanpa rehat yang cukupkan.....ermmm baru ibu tahukan macam mana letihnya mak ibu dulu membesarkan adik beradik ibu yang 8 orgtu ngn macam2 kerenah...ibu baru 3 org ank..ermmm...apalah ibu nikan...apapun kesabaran yang kental perlu dalam diri ibu2 untuk mendidik dan membesarkan anak....


eihh...apa plak ibu merepek ni...huhuhu sebenarnya ibu nak bagitahu bermula semalam 02/02/2012 ibu dah close akaun Muka Buku ibu...selama dua tahun Muka Buku ibu amat berjasa pada ibu...ibu dapat mencari ramai kawan2 sekolah ibu yang dulu berpisah bertahun-tahun dapat berjumpa semula walau di alam maya..tapi hati ibu amat gembira..dapat bertanya khabar kawan2 yang semuanya kbanyakan dah berkahwin dan punya anak serta kehidupan mereka baik2 saja..Alhamdullilah...

Bagi ibu laman muka buku ibu banyak memberi kebaikan pada ibu...banyak ilmu2 yg berguna dan manfaat yg dapat ibu cari..contohnya group "kumpulan ibu2 menyusukan" banyak ilmu penyusuan yang ibu dapat disana....Ahamdullilah kerana ilmu yang cari kat situ ibu dapat menyusukan baby sheera sehingga sekarang..walaupun baby sheera baru nak masuk 7 bulan...ibu masih menyusukan nya insyaAllah sampai dua tahun...dan ibu masih mengepam dan akan terus mengepam....semoga semangat tu akan terus membara dalam diri ibu walaupun ibu dah tak boleh nak baca ilmu yang berguna kat group tu lagi...:(

Dengan laman muka buku ini jugak ibu dapat kenal group wanita dan isteri..group rahsia hanya untuk para isteri dan wanita sahaja..limited...kat situ hanya kawan2 yang sporting boleh join....kami berkongsi semua hal..hal ank2,suami,kerjaya semualah ...maklumlah bila bergelar isteri dan ibu keterbatasan hubungan dgn kawan2 harus dijaga...tidak boleh keluar sesuka hati berjumpa kawan2 spt  masa zaman bujang dulu....

ibu sgt gembira kenal group tu..kawan2 kat sana amat-amat memahami...walaupun kami hanya mengenali di alam maya..tapi kami sgt rapat...apabila rakan -rakan yang ada masalah..akan kami cuba selesaikan ..bincang cari jalan penyelesaian...gembirakan hati kawan2 jika diaorg alami kesusahan....

Sesungguhnya banyak kekuatan dan aura positif diri yg ibu alami sepanjang ibu join group tu...zaman kejatuhan keluarga kita dulu...tekanan hidup yg ibu lalui..ibu dapat atasi dengan sokongan sahabat2 ibu kat sana...ohhh sesungguhnya semua itu membuatkan ibu AMAT2 SEDIH bila terpaksa tutup akaun muka buku ibu dan putuskan persahabatan yang kami telah bina dan jalinkan...betul tanpa muka buku kami masih boleh bersama dan bersahabat..tapi  sudah tak sama..sebab kami mengenali dilaman sosial itu.....

ibu tak tahu kenapa ayah suruh ibu menutup akaun muka buku ibutu..ibu ada laman muka buku ..ibu tak cari kawan lelaki......ibu tk cari gaduh ngn org......entahlah ayah susah nak memahami ibu...tak sedarkah ayah..ibu sendiri kat office hanya seorang pekerja wanita kat office ni..kadang2 ibu sebagai manusia biasa mahu jugak bercakap dan bebicara dengan sahabat2...ermm putus sudah hubungan kami.....

tapi tak apalah...itu kehendak ayah ibu kena ikut...ketenangan hati isteri terletak pada redha suami...huhuhu..mugkin ada hikmah semuani..dan ada sebab kenapa ayah buat mcm tu kot...ayah sendiri pun dah close akaun muka buku dia..mungkin takmo ada mata2 yang selalu cari dan intai kehidupan kami ngn muka buku ni kot....ermmm 

2 comments:

  1. Rajin menulis ye....

    ReplyDelete
  2. salam sayang dan rindu buat ieda....
    kawan2 semua rindukan awak...saya pun sama....huhuhu....

    ReplyDelete