sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Tuesday, October 18, 2011

Budak 2 tahun dilanggar dan digilis lori serta van di china luluh hati ibu...

Sebak rasa hati ibu setiap kali melihat video nie...hilang sudah sifat perikemanusian sebagai manusia!! betapa zalimnya org awam yg lalu lalang kat situ tidak menghiraukan kanak2 tersebut..mana sifat kasihan dan belas ehsan sesama manusia...kalo binatang dilanggar sekalipun seperti itu sanggupkah kita membiarkannya..tidak sanggup bukan..inikan pula kanak2 kecil...seksanya dia ketika itu menangung kesakitan yg amat sangat diligilis dua kenderaan.. MENITIK AIR MATA IBU... :(

Friday, October 14, 2011

Bebas







Sgt2 gembira nyer hati awk berdua dpt bebas dr kurungan rumah mak dan rumah kita ya...laaayannn gambr awk berdua yg ayah ambik pada 02/10/2011 kat dataran merdeka sementara tunggu  ibu dan adik sheera teman mak su tie pilih kain kat Nagoya..

Cinta

Thursday, October 13, 2011

Kek Hari Jadi dr Maklang Tuk Kakak dan Abg Ngah




Sempena Hari jadi ibu ( 02/07/2011) dan Ulangtahun Perkahwinan ibu dan ayah pada (07/07/2011) maklang hadiahkan kek ..tetapi terpaksa  tukar nama kepada harijadi kakak dan abang Ngah...padahal hari jadi awk berdua dah lepaspun..huhuhu...mesti tak puaslah tu mkn kek harijadi ibu kat umh tok wan ya..maklang pun belikan kek yg cukup comel utk awk berdua..bukan main happy lg awk berdua....sebab ada kartun gemaran kak yong dan abg ngah mickey mouse dan ultraman..huhuhuhu...terima kasih maklang...

Kek Hari Jadi Ibu Hadiah Dari Ayah..



Ayah buat kejutan tuk ibu..hehehe syg ayah..masatu kak umh tokwan (mak kepada ayah)..nak hantar ibu balik kampung umh tok (Mak kepada ibu)..ibu masatu tgh tunggu masa nak melahirkan adik baby..tetiba ayah buat balik sesuatu..bukak2..jem..jem..ibu sgt terharu...terima kasih sayangggg...muahhhhh..02/07/2011 genaplah umur ibu 30tahun..dah tua ibunie...dan hadiah paling berharga bg ibu sempena hari jadi ibu adalah bakal menanti kelahiran adik baby....dan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah..genaplah empat tahun pada 07/07/2011....semoga hubungan ini kekal bahagia hingga akhir nyawa bersama nyawa kita NURDAYANA BATRISYA,MOHD AQIEF MUHAIMIN dan NURDAYANA BASHEERA..ameen..

Thursday, September 29, 2011

Dugaan Hidup

Musibah lg diambang 2011..rentetan..MAY 2011 bisnes suami hancur kerana tipu daya kawan..kami redha seadanya..July 2011..adik pompuan terjatuh kat rumah sewa dia..jatuh atas almari kaca..terpotong saraf pgelangan tangan, 4 saraf putus..kami redha seadanya..walau ada kecacatan adikku sedikit..kami tetap memohon pada YG KUASA agar tangan dia sembuh sempurna..seminggu slps itu..adik lelaki ku pula kehilangan motor kesayanganya ..baru habis bayar dah lesapp kat tempat kerja..September 2011 dia pula exciden dgn motor adiknya yg baru dibeli adiknya tak sampai sebulan....berlubang kaki..rosak motor..kami redha..lg dibulan september 2011..semalam 28hb September 2011 kami dikejutkan pula dgn berita rumah sewa jururawat pelatih adik pompuanku diperak dimasukki perompak..4 org perompak..habis lesap 6 biji laktop,wang ringgit,dan brg berharga dia dan kawan2nya..siap diugut bunuh kalo buat report kerana perompak mgambil gambar pasport diaorag,nasib baik dia dan kawan2nya tak ada apa2..tapi masih trauma..kasihan adikku...kami...REDHA SEADANYA............

Renungan

Sepasang suami/isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Mesti ada lebih & kurangnya ketika bersama. Kesilapan-kesilapan kecil kadang-kadang mengoyahkan rukundamai sesebuah rumahtangga..
Antaranya: 1. Suami/isteri suka membandingkan kelebihan/kemahiran orang lain dgn pasangannya..
2. Suka memuji2 orang lain dihadapan isteri (pujian melampau)..
3. Tapi jika isteri/suami lebih pandai dlm satu2 bidang,  tidak ada pula pujian buat mereka..
Kenapa pasangan AMAT SUSAH nak puji sesama sendiri walaupun dgn UNGKAPAN demi kerukunan rumahtangga dan membahagiakan sedikit hati masing-masing..walaupun adakala sekadar pujian melepas batuk ditangga...renung2kan lahhhh...

Wednesday, September 28, 2011

Renungan

Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mende...ngar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.

Tuesday, September 27, 2011

Cendol resepi turun temurun mak

Memandangkan mak tauke air cendol terkenal kat kampung...air cendol mak memang perrrghhhh..tak leh lawan..buat daku leleh air liur..jadi bualan pelanggan tetap mak..ok kat sini  daku nak tepet resepi buat cendol dr mak daku..suatu hari nanti jika ibu dan tok mok dah takder, cahaya hati ibu nk mkn cendol leh lah wat sendiri ya..

1.TEPUNG BERAS 1 PLASTIK KECIL
2.7 GELAS AIR
3.KAPUR SEDIKIT SAHAJA
4.DAUN PANDAN SECUKUP RASA

CARA BUAT:-
BLEND DAUN PANDAN + 7 GELAS AIR + SEDIKIT KAPUR ..SLPS ITU MASUKAN SEMUA BAHAN TU DLM TEPUNG BERAS, LETAK ATAS API SEDERHANA KACAU PELAHAN2 JGN BERKETUL SEHINGGA SEDIKIT PEKAT, BILA DAH PEKAT TUTUP PERIUK DAN KECILKAN API, 10 MINIT KEMUDIAN BUKA BALIK TUDUNG PERIUK DAN KACAU LAGI HINGGA  BERSINAR DAN BETOL2 PEKAT..LPSTU BOLEHLAH MATIKAN API DAN TITIK DALAM SARANG CENDOL DI BAWAH AIR SEJUK....BIARKAN SEKEJAP..LEPASTU BOLEHLAH BUAT AIR CENDOL..CAMNER NAK WAT AIR CENDOL BEST MACAM AIR CENDOL TOK MOK NANTI IBU BUAT N3 AKAN DTG PASAL AIR CENDOL YA...

 Gambo dr mr.google..tq ya pinjam gambo jap..hehehe..nanti balik kg ibu snap gambo cendol tok mok ya..

Renungan

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul ...daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Cahaya Hati ibu

 Kak Yong Aisyah Lahir 08/04/08

 Abg Ngah Aqief Lahir 07/05/09
             
 Adik Sheera Lahir 11/07/11

Monday, September 26, 2011

Rasa Terpikir dan Terpukul

Tengah daku syok2 baca N3 kat blog  kak mieja tertiba jumpa N3 kak mieja pasal SAYU....daku apa lg clicklah kat link blog dia yg kak mieja bgtu...dakupun bacalah..waaaaaaaa..betolah kak mieja..sedih dan sayu rasa hati..air mata ku luruh tak terkata membaca cerita tentang kisah hidup MAWAR  yg kematian suaminya...Semoga Mawar tabah menghadapi dugaan dr yg MAHA KUASA...Allah tidak menduga seorang hambanya sekiranya hambanya tidak manpu menghadapinya..setiap hamba lain dugaanya..daku amat tersentuh dengan kisah hidup mawar krn dia ibu muda yg  'manja' dgn suaminya..terpaksa membesarkan ank2nya Embun dan Kekwa yg juga terlalu 'manja' dan rapat dgn ayahnya...dari kisah hidup Mawar, aku terpikir sendiri aku juga seperti dia, ank2ku juga seperti ank2nya..seorang isteri yg terlalu bergantung harap pada suami dalam semua hal..aku juga masih tidak punya lesen kereta seperti mawar...ohhh..sunguh aku rasa terpukul..aku mesti ambik lesen kereta juga kali ini..aku tidak mahu lagi mengharapkan semua hal pada suamiku....ku tak nafikan kerana suamiku yg terlalu 'manja'kan aku menyebabkan aku tak ambil kisah pentingnya 'Lesen kereta' dalam kehidupan wanita hari ini...aku mesti belajar berdikari juga...ajal maut kita tidak tahu bila dtg menjelma..aku memohon padamu YA ALLAH panjangkanlah umurku dan suami..biarlah aku dan suami besarkan ank2 kami dahulu sehinggalah dia boleh berdikari sendiri....buat Mawar daku berdoa semoga akan datang sinar kebahagiaan nanti dalam hidup Mawar dan anak-anak...

Friday, September 23, 2011

Dah lama tak update Blog ank2 ku ini...

  Sudah Lama aku tidak menulis sesuatu kat blognie..rasanya dah 3 bulan kot..maklumlah aku balik berpantang kat kg..lgpun masa dalam pantang memang aku malas giler nk berblog bagai neh..masa dalam pantang haritu sgtlah sibuknyer akuni melayan kerenah 3 org ank2 ku ini...maklumlah kakak yong dan abang ngah bertukar perangai semasa ibu berpantangtu...lasak yang amat..hari2 main pasir kat umh tok tu...abg ngah pulak lebih 3 kali sehari mandi..adatu ibu pernah kira lebih sepuluh kali abg ngah mandi..ermmm pampers 1 pek tu tahan 5 harijer...uhuks..takmo ibu nak ingat lg masa dalam berpantang adik baby..ibu tak boleh nak rehat dan berpantang mcm ank sulong dulu...penat sgt2..adatu sampai ibu menangis sendiri kerana terlalu penat melayan karenah kak yong dan abng ngah..tapi nak buat macammana ibu redhajer..nasib baik ibu sihat walaupun tak berpantang sgt..dua hari bersalin ibu dah berkejaran dgn abang ngah dan kak yong dihalaman rumah tok..hari2 ibu terpikir nak balik KL jer berpantang umh sendiri..lg senang ibu ngn babyjer kat umh kita..kak yong dan abg ngah ibu hantar umh mak senang cerita..tapi apakah daya kerana ayah tidak mampu utk melakukan dan memenuhi permintaan ibu itu..ibu redha seadanya...... sedih pun ada..tapi mungkin ada hikmah disebaliktu..walaupun ibu tak boleh nak pantang dan manja2 sgt..ibu tak pernah tinggal bertungku dan mkn maajun tradisional kg serta berkorset dengan BEUTIFUL ..Alhamdullilah ibu sgt sihat dan bertenaga berbanding dr ibu melahirkan kak yong dan abang ngah dulu..kalinie lebih sihat dan bertenaga,sengal2 badan akibat melahirkan juga hilang......dalam masa dua bulan tempoh berpantang tu jugak ibu dapat kembali ke bentuk badan asal ibu dgn cepat..ermm berbaloi ibu beli korset beutiful,bertungku ikut arahan tok,menyusu adik baby dan makan maajun tradisional dengan RAJINnyer..huhuhu

Thursday, June 23, 2011

Tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
 
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
 
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

Friday, June 10, 2011

Adik Baby

Rasanya sudah lama ibu tak mencatat cerita baru tentang kalian bertiga permata hati ibu dan ayah disini...mungkin ibu terlalu penat,sibuk dgn kalian dan kerja2 ibu sebagai pekerja, sebagai ibu,sebagai isteri serta suri rumah tangga..ermmm jadual ibu sangatlah padat dari pagi sampai malam..memang tiada masa ibu nak update blog ank2 ibunie...tapi harini sebelum ibu melahirkan adik baby..ibu nak buat N3 pasal adik baby sikit...tiadapun cerita pasal adik baby yer..kasihan adik baby...

Sekarang adik baby dah masuk 35 Minggu ++..dah terasa sgt gerakkan adik baby yg aktif..perut ibupun semakin hari semakin membesar dan memboyot..ibu dah rasa tak selesa..tido malam ibupun dah tak lena..rasanyer dah tak sabar ibu nak melahirkan adik baby..tak sabar nak tengok muka adik baby nie mcm maner? lelaki atau perempuan?...ibu dan ayah saja tak mo scan..nak bagi suspen sikit..huhuhuhu..tapi ikut pengalaman ibu dan struktur perut yg memuncung ke depan seperti mana ibu mengandungkan abang aqief dulu ..adik babyni macam baby boy...entahler..ibu dan ayah tak kisah adik baby boy atau girl janji adik baby selamat,sihat dan sempurna...itu doa ibu dan ayah...hari-hari ibu menanti penuh sabar dan disertai dengan penuh debaran..takut jugak nak melahirkan kalinie..kerana sakit bersalin pernah ibu lalui..walaupun pengalaman melahirkan kakak aisyah dan abang aqief sangat mudah..tapi sakit bersalin hanya Allah sahaja yg tahu..walaupun beberapa minit sakitnyer susah nak digambarkan..tiada sakit didunianie yang sama dengan rasa sakit hendak bersalin..ibu mohon pada Allah semoga kelahiran adik baby kalini mudah juga..ibu tak mo rasa "sakittu" lama-lama....oh sungguh ngeri....

Monday, March 21, 2011

Cerita Adik Aqief dan Botol Susu

Lama sudah ibu tak buat entry pasal ank2 ibu nie..biasalah bila ibu dah kemalasan dan sibuk melayan karenah awk berdua..apapun ibu amat bahagia dan seronok serta bersyukur pada Allah dianugerahkan ank yg cerdik seperti awk berdua..hidup ibu cukup bermakna..ermmm nie ibu nak cerita pasal adik aqief..ermmm adik aqief sekarang dah pandai minta susu formula guna botol..ermmm..sejak biler ya..2 minggu yg lps awl mac 2011...

Walaupun hati ibu sedih disebabkan adik tak nak lg susu ibu..ibu terpaksa akur dgn kehendak adik..rupa2nya adik tak boleh tido mlm dan asyik terjaga malam2 disebabkan adik masih tk boleh lupakan susu adiknie..tapi adik ego..krn ibu ada adik baby atau susu ibu dah tak sedap kot..huhuhuhu..ibu minta maaf ya sayang sebab ada satu mlm tu..ibu tk ingat bila..ibu terpukul adik..krn adik terjaga kul 2pagi..mgamuk, menangis mcm dirasut hantu..uhuuu ya ker?? rasuk hantu mcm tu..ayah pujuk..tak jadi..ibu pujuk lglah adik melalak kuat.

Adik cakap..nak suttt"...nak suttt"..ibu ambik lah biskut kat dlm peti ais..tapi adik cakap nak nak'..sambil melompat2 pukul ibu..adoiii ibu cukup ttekan kerana masa tu kepala ibu sgt pening dan penat krn demam,batuk dan selsema yg menyerang ibu..ibu cukup tak larat..adik pula buat hal..semua tak kena..ermmm dgn ayah haram adik tak mo gi..masih dimulut adik menyebut nak sutt..nak suttt..apanie ibu tak faham...tak pernah adik sebut perkataan itu sebelumni dgn ibu atau ayah..

Tak tahan ibu dukung adik pergi dapur ambik sendiri adik nak apa..buka peti ais..tak ada..apa yg adik nak..buka tin biskut juga bukan..lps tu adik suh buka pintu kabinet dapur atas..satu persatu ibu buka pintu kabinet tu...semua takder apa yg adik nak..last pintu kabinet ibu buka..jem..jem..jem..dgn muka yg terkejut adik cakap sutttt..sutttt..sambil tangan tunjuk kearah itu........>>>> hahhh terkejut ibu..sguh tak sangka...rupanyer suttt..itu adalah botol susu kakak yg ibu simpan sebagai kenangan adoiiiiiiii sudah dekat 2tahun berlalu botol susu tu kat situ..berhabuk nasib ibu tak buang...kalo tak adik mgamuk sampai pagi gara2 cari sutt' adik tue..ermmm

Nak suttt..nak sutt..muka adik keceriaan dan gembira bila dpt pgang botol susu tu...ohhhh sedihnyer ibu..menitik air mata ibu..sejak bila adik pandai isap botol nie..ibu tk pernah tgk adik isap botol sebelom nie..minum ebmpun ngn gelas atau sudujer...mgkin adik tgk sepupu adik kat kg kot..adik pernah try botol susu diaorag..tapi adik termuntah balik..hihihi kasihan adik..menyesal ibu..terpukul adik kerana tak faham apa yg adik nak..sebab ibu tk pernah terpikir botol susutu yg adik inginkan..ermmm lps tu..adik cakap.."buat".."buat"..suh ibu buat susu..alamak...macam maner nie..kat umah mana ada susu formula..

Adoii..camner nie..nasib ada milo ayah..ayah cadangkan buatjer milotu..huhuhuhu..terpaksalah ibu basuh balik botol tu..nasiblah botol avent yg ayah beli tuk kakaknie masih elok dan baru sebab kakak hanya guna jarang2jer sebab mulut kakak sakit masatu dan tak nak nyusu botol lg..slps ibu buat milo dan bg kat adik guna botol susu..terus adik ajak ibu baring..suh ibu peluk adik dan adik nyusu botol sambil tangan cari nenen ibu..uhuuuuuuuuuuu..lpstu adik tido ngan lena sampai pg..kasihan adikkkkk....pandai pulak isap botol..ayah dan ibu tido dgn tanda tanya...mcm2 adik nie ya...

Thursday, February 24, 2011

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.

 SUMBER:DARI IBU ADDINNASA

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.
Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.
Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.


4. Jaga penampilan diri
Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.
Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.
Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.


6. Masakkan makanan kegemarannya.
Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.


7. Banyakkan berdoa.
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.



Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.
Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.

Sila Tag dan Share
anakkuwiraku.com

Wednesday, February 23, 2011

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh ibunya.Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
  7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  10. Payudara yg penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dgn susu ibu  mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yg menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor 

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Adik Aqief

Dah lama ibu tak buat entry baru pasal anak2 ibu..maklumlah ibu busy sikit ngn keje dan Mr.M mula melanda ibu..huhuhu..tapi ibu mesti buat jugak entry ini untuk tatapan anak lelaki kesayangan ibu..Muhammad Aqief Muhaimin Mazlan...dah sebulan lebih rupanya adik aqief dah bercerai susu ibu...saat itu  ibu cukup sedih kerana adik terpaksa bercerai susu ibu disebabkan adik baby dalam perut ibu dan alahan teruk ibu semasa mengandung adik baby nie..kasihan adik terpaksa berkorban demi adik baby...sedih ibu hanya Allah sahaja yg tahu...susahnyer adik nak tidur mlm..macam kehilangan sesuatu..selepas ibu dah rasa kurang alahan mengandungkan adik babynie..ibu paksa dan pujuk balik adik menyusu ibu tetapi adik masih ego tak mahu juga susu ibu, adik sekadar masuk kan mulut adik tipu2 hisap kat susu ibu jer..pahtu adik cium2 dan terus tido...menitik air mata ibu melihat telatah adik..adik amat memahami keaadaan ibu masa nie..terharu ibu..ibu masih tk berjaya menyusukan adik cukup 2tahun..umur adik masuk 1 tahun 8 bulan sudah bercerai susu terlalu awal..ibu terpaksa redha kerana itu sahaja rezeki adik...ibu masih juga berharap nanti adik baby lahir dan menyusu ibu, adik akan turut sama menyusu ibu bersama-sama adik baby..itu harapan ibu..tapi masa tu umur adik dah 2 tahun lebih..mungkin adik dah lupa pada susu ibu nie....






 adik aqief seronok sgt main pasir pantai masa balik kg umh tok kat besut masa ibu cuti CNY..seminggu adik b'kepitjerk ngn ibu..ermm tok dan tokki nak ambik pun adik tak mo..risau takut ibu tgl adik yer..ermmm manja betol ank lelaki ibunieh...

Wednesday, January 26, 2011

Pantau jika anak anak anda marah

KUALA LUMPUR: Ibu bapa harus memainkan peranan penting untuk menyekat pendedahan terhadap keganasan sama ada menerusi televisyen, video dan Internet yang boleh mempengaruhi perilaku anak mereka.

Pakar psikologi Universiti Teknologi Mara, Prof Dr Amelia Abd Aziz berkata, remaja sememangnya mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat dan dengar serta akan mengaplikasikan perilaku itu apabila berdepan perkara yang membuat mereka marah.

“Baik remaja mahupun orang dewasa, apabila diselubungi perasaan marah, mereka akan bertindak di luar pemikiran waras sehingga melakukan sesuatu yang buruk tanpa sedar.

“Mereka sedikit sebanyak akan mengikuti perlakuan yang pernah dilihat sebelum ini,” katanya.

Beliau mengulas muka depan akhbar ini semalam yang melaporkan kejadian remaja berusia 14 tahun mati akibat terkena serpihan kaca yang diacukan oleh kakaknya selepas pertengkaran berebutkan alat kawalan jauh televisyen.

Menurutnya, mungkin suspek tidak berniat membunuh mangsa namun apabila berada dalam keadaan marah dan tertekan, dia terdorong untuk bertindak sedemikian.

Katanya, pertengkaran yang berlaku sehingga terjadinya cabar mencabar juga mungkin menyentap kesabaran suspek sehingga bertindak mengacukan serpihan kaca kepada mangsa.

“Keupayaan untuk mengawal kemarahan adalah penting supaya mereka dapat mengendalikan emosi dengan baik.

“Justeru, ibu bapa perlu memahami perilaku anak mereka dan perubahan yang berlaku terhadap tingkah laku mereka perlu dipantau,” katanya.

Sumber :http://www.hmetro.com.my/articles/Pantauanakmarah/Article

Tuesday, January 25, 2011

Adik asyik buat haljer sekarang

kasihan adik..sejak adik baby dah mula gerak2 halus kat dalam perut ibu nie..adik selalu dah buat hal..mungkin adik dah tahu kehadiran adik baby kat dalam perut ibunie..selalu jer nangis nak b'kepitjer ngn ibu, ngn ayah pun dah tak mahu...ibu mandipun adik ada sekali wlpun adik dah mandi..ibu solatpun adik kena tunggu kat tepi..kadang susah ibu nak solat..adik asyik duk pegang kaki ibu..kalo ayah ambik adik..ermm pasti adik nangis tak ingat dunia cam sakit2..nak tgk mouse pun ibu kena temankan sekali..pendek kata 100% perangai adik dah berubah sejak kehadiran adik baby kat dalam perut ibu nie...kadang kasihan pulak ibu....kalo adik nak sesuatu dan tak dapat yang adik nak ermmm jawabnyer satu harilah adik mengamuk..lompat2..sambil sakitkan diri sendiri..sambil adik cakap 'NAK MA'..NAK MA"..jawabnyer memang ibu tak boleh nak buat keje apa...kadang2 naik rimas juga ibu..maklumlah ibu tgk mabuk yang teruk sekarangnie...kepala ibu asyik peningjer..muntah2..sungguh ibu tak larat..tapi demi anak-anak ibu tabahkan jugak hati..buang tepi keletihan ibu tu..ibu tetap melayan anak2 ibu sebaik mungkin...kadang2 ibu "tertinggi suara" maafkan ibu yer sayang.....kadang2 tu ibupun hilang sabar..kalo kerenah adik melampau-lampau..huhuhuhu...tapi ibu faham sebenarnya adik sedang jeles dgn kehadiran adik baby kat dalam perut ibunie..selalu jer adik gigit perut ibu kalo ibu suh adik cium adik baby...adik selalu cakap 'nanak' / tak nak adik baby...huhuhuhu kasihan adik baby...hehehehe...macam2 telatah anak2 ibuni..hakikatnyer ibu amat bahagia dengan kehadiran kalian semua dalam hidup ibu...YA ALLAH BERIKANLAH AKU KEKUATAN DAN KESABARAN DALAM MENJALANI TANGGUNGJAWABKU SEBAGAI SEORANG IBU DALAM MENJAGA AMANAH MU YA ALLLAH....AKU AMAT BERSYUKUR DGN ANUGERAH YG AMAT BERMAKNA INI....muuuuuuahhhhhh sayang kakak,adik dan adik baby..

Kakak Aisyah dan Mickey Mousenyerrrr...

Hari2 kakak tgk "mouse" (singkatan "mickey mouse" pgilan kakak), balik umh mak tgk mouse, bangun tido mouse itulah rutin harian kakak...mouse..mouse...nak g jalan pun mouse tepun ibu dan ayahlah mangsa tuk kakak layan mouse...huhuhu

nie lah komputer kakak yg ayah buat khas tuk kakak layan mouse...kakak dah mahir gerak tetikus cari kartun mouse yg kakak suka..


kakak kalo tgk mouse berdiri satu hari pun takper..janji dapat layan mouse...heeee kakak kadang2 nak mandi nak makn jenuh ibu pujuk..susah sangat nak tgl mouse dia tu sekejap..ermmm sekarang adik dan terpengaruh dgn kakak..asyik mouse jugak...



kakak terlalu fanatik dengan mouse..ermmm...kadang2 susah sgt sekarang ni kakak nak pergi rumah mak..maklumlah umh mak tak ada internet..pagi2 mesti kakak buat muka...tapi kakak terpaksa redha dan rela..ibu dan ayah terpaksa juga tglkan kakak umh mak..ibu ngan ayah mesti kerja demi masa depan kakak,adik dan adik baby yang bakal lahir nie...tapi kakak ank yang baik dan cerdik..mudah faham apa yang ibu dan ayah ajarkan...ibu dan ayah sayang anak2 ibu dan ayah..kakak,adik dan adik baby...mmmmuahhhhhhh ....tapikan kakak selalu cakap..kakak ank ayah adik anak ibu..hihihi...mungkin kakak terasa ibu abaikan kakak semasa kehadiran adik dulu...ayahlah yg banyak ambil alih manjakan kakak..maklumlah ibu selalu dgn adik...dan masatu kakak masih kecil untuk memahami dan menerima kehadiran adik dalam hidup kakak..nasib baik ada ayah yang amat memahami.....nanti kakak besar, kakak akan faham kasih sayang seorang ibu..kasih sayang ibu tak pernah berbelah bahagi untuk anak2 ibu...ibu sgt sayangkan kalian semua..kalian adalah nyawa ibu....

Tuesday, January 18, 2011

seksanya pemergian adik Nur Dania dgn kesan 73 kecederaan

Menitik air mata  ibu yg punya ank perempuan sebayanya...terkilan juga hati ibu..kenapalah ibu kandung nya tidak menjaga sdri ank2 nya..kasih ibu sampai syurga..kalo ibu sdri tak sanggup ibu berpisah dgn ank sdri.. susah senang ibu akan jaga sdri..semoga Allah merahmati bidadari syurga ini..amin..bahagialah dirimu disana...

Monday, January 17, 2011

..sesambil wat report kat opis nie..layan blog k.mieja..bnyk info yg menarik kat blog k.mieja

Dah kul 2.30ptg..ibu tak mkn lg...pening kepala dari pagi tadi tak hilang2...dah minum susu kambing satu mug..masih tak hilang... layan blog k.mieja sesambil wat report..cuci mata jap bg hilang ngantuk...sakit kepala  ibu dah tak tahan nie...adoiii rehat jap lah...

Friday, January 14, 2011

Contest Foto Kiut

sesaper nak join contest nie bleh click banner contest kat sebelah kanan blog saya nun ya..nama pengajur contest nie haa linknyer...>>>>>>>>>>>>>>>>>>http://boingboingtoingtoing.blogspot.com .....jomlah terjah blog ka-ching nie sebelom tarikh tutup contest 31/01/2011
 
 
 
 
 Nielah kakak aisyah kesayangan ibu...cute tak kakak dengan gigi yg dah dimakan tikustu..hihihi
 
 
 

“suatu ketika dulu…..1st contest bersama annurkasehcollections”

Nak join contestnie click banner http://annurkasehcollections.blogspot.com ya..

 
suatu ketika dulu... masih segar dalam ingatanku sampai ke hari ini...kenangan terindah zaman persekolahan tak mungkin aku lupakan., kesemua dalam gambar ini antara sahabatku yang paling aku sayang dan kami sangat rapat..gambar ini diambil sebagai kenangan perpisahan selepas kami tamat SPM 1998. Ternyata selepas tamat tingkatan 5, aku seorang sahaja antara sahabatku ini menyambung STPM di SMAM...teramat sedih rasa hati berpisah dengan sahabat yang paling rapat denganku..nasiblah ada gambar ini sebagai kenanganku. Kini Alhamdullilah semua sahabatku ini berjaya dalam kerjaya dan bahagia bersama keluarga masing-masing..semoga persahabatan kita ini kekal abadi selamanya..SEKIAN

Monday, January 10, 2011

Inilah Queen keluarga Mazlan..hahahaha Ibulah kan...

Nielah ibu..hihihi..nie pic terbaru masa tgk teater musical kanak2..'THE LIVING FOREST' tak silap ibu..kalo salah nanti ibu update balik..tajaan ticket dari mrs.ayie aka kak.syida..terima kasih kak.syida dan pok yie..kakak dan adik suka sangat tgk teater tue..tapi kakak lah paling teruja..ermmm adik main jer lebih..kalo citer otomen sukalah dia...masanie ibu tengah mabuk2 nie...baru 2 bulan lebih peknenkan adik baby..huhuhuhu gemuk...ok sok lah sambung ibu dah penat..hahahaha

Perkenalkan Raja Keluarga Mazlan..hohohoho

Hihihi..nielah Raja kami..aka suami kesayangan ibu, aka ayah kesayangan kakak,adik dan bakal baby..hihihi..
bagi ibu ayah seorang suami yang amat bertanggungjawab,penyayang,penyabar,kelakar,hensem..hihihi dimata ibulah..org lain menyampah tgk tak tahulah..hahahahaha..janji dimata ibu ayah suami terbaik dan ayah terbaik untuk anak2 ibu...walaupun setiap manusia ada kekurangan dan dan kelebihan kan...ibu terima seadaanya kekurangan ayah sebagaimana ayah terima kekurangan ibu seadanya...dan ibu terima kelebihan ayah sebagai anugerah Allah yang tidak ternilai didunia ini...semoga dihati ayah sentiasa ada ibu,kakak,adik,adik baby..dan adik2 seterusnyer..hihihihi..tiada yg LAIN dihati ayah...melainkan ibu sudah tiada nanti (ajal maut kita tidak tahukan sekiranya ibu pergi dulu dr ayah..ibu relakan ayah mencari penganti ibu baru untuk anak2 ibu...janji anak2 ibu juga redha dengan kehendak ayah (kalo ayah nak cari penganti ibu carilah yg terbaik yg boleh mendidik anak2 menjadi ank yg soleh dan solehah....huhuhuhuhu..

Hobi ayah suka sgt repair komputer dan repair kereta..huhuhu.... ayah memang pakar bab2 repair komputer dan kereta nie...tak tido pun tak apa kalo pasal dua barang nie..huhuhuhu...kadang2 tu ibu naik rimas jugak pasal hobi yang dah jadi kerja tetap ayahnie..huhuhuhu...ayah dah beratus pasang dan jual pc hasil cantuman ayah...kadang bangga jugak ibu ayah pakar komputer...tapi ibu husssh..hancus bab komputer...saper2 kat luar sana yg nak beli pc atau nak repair semua jenis pc atau laptop bolehlah bgtahu ibuyer...nanti ibu bagitahu mr.ayah.....(ayat promote..hihihihi)

Bab kereta pulak...fulamak..umh dah jadi bengkel kedua...hihihi mcm2 brg kereta ada kat umah...mcm2 kereta ayah repair..power jugak ayah nie yer...tak lah susahkan kalo kereta kita ada masalah..save bajet..hihihi..untung dapat suami gini..hahahahaha..dari save bajet, hari2 dapat duit...ermmm rezeki anak2 kan ayah...cita2 ayah nak ada bengkel kereta sendiri... insyaAllah tidak lama lagi...kami sedang usaha kumpul modal sekarang..semoga Allah permudahkan urusan kami...dan MAZLAN AUTO dapat jugak direalisasikan tahun 2011nie...insyaAllah......itulah serba sedikit tentang penghulu keluarga Mazlan...