sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Thursday, February 24, 2011

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu

Tips melahirkan suami yang menyokong penyusuan susuibu.

 SUMBER:DARI IBU ADDINNASA

1.Berkongsi kebaikan susuibu bersama suami.
Apabila anda mempunyai niat untuk menyusukan bayi anda, kerapkan berkongsi info kebaikan susuibu dengan suami anda. Maklumkan kepada suami betapa pentingnya pengaliran susuibu membentuk hati si manja agar menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Susuibu juga membantu meningkatkan sistem imun kepada si kecil. Maklumkan juga kepada suami bahawa dengan menjayakan penyusuan secara ekslusif selama 6 bulan pertama sahaja sudah membantu anda menjadi cantik dan punyai bentuk badan asal seperti sebelum mengandung. Ajak suami menghadiri kursus yang berkaitan dengan penyusuan dan banyakkan membeli buku-buku yang berkaitan keibubapaan, penyusuan kerana dengan membaca sendiri akan membantu suami memahami kebaikan dan kepentingan susuibu buat si kecil nanti.

2. Jadilah isteri yang kuat semangat dan energetic.
Elakkan dari merungut keletihan dalam kehidupan seharian. Para suami sebenarnya tidak suka mendengar rungutan dan rengekan yang memeningkan kepala mereka. Lelaki sangat suka wanita yang berdikari dan membuktikan diri mereka super dalam banyak aspek kehidupan. Mak saya selalu bercerita, suami sangat suka jika isteri pandai menguruskan semua urusan rumah dan jika mahu meminta pertolongan dalam membantu urusan rumahtangga bagi yang bekerjaya, minta tolonglah dengan penuh kasih sayang dan hormat dan bukan dengan cara mengherdik atau meninggikan suara. Jika berkemampuan, dapatkan supplement supaya badan kita mendapat cukup zat dan khasiat serta membantu kita kekal aktif. Cuba elakkan menangis berkaitan dengan penyusuan. Adakala suami lebih suka anaknya diberi susu formula kerana tidak suka melihat isterinya menangis kerana susu tersumbat, susu merundum dan sebagainya. Maka si ibu kena kuat semangat dan sentiasa bertenaga membantu suami yakin isterinya boleh menjayakan penyusuan.

3. Berikan layanan terbaik buat suami.
Tidak dinafikan, ibu yang menyusukan anaknya mempunyai masalah kedinginan dan ada juga yang mempunyai masalah ini dengan sangat serius. Ini berlaku lanjutan daripada masalah hormon prolaktin yang lebih tinggi dari progestrone. Namun isteri tidak boleh mengabaikan hak suami. Pernah saya ajukan soalan ini kepada kaunselor peribadi kami, dan beliau menyatakan bahawa punca suami tidak menyokong penyusuan kerana keperluan "bersama" itu tidak diatasi dengan baik. Isteri mengadu tidak punyai mood "bersama" dan isteri mudah lena apabila menyusukan anaknya. Untuk mengatasi masalah ini, para isteri disarankan mengambil supplement yang boleh membantu masalah kedinginan ini iaitu dengan vitamin E serta Alfalfa. Apabila keperluannya dipenuhi, insyaALLAH akan melahirkan suami yang memahami dalam urusan rumahtangga dan hubungan kasih sayang suami isteri lebih terjaga. Apabila seorang isteri itu dekat dengan pencipta, insyaALLAH kita tidak akan memandang remeh tentang masalah keintiman dalam rumahtangga.


4. Jaga penampilan diri
Semua lelaki sangat suka melihat wanita yang cantik dan pandai bergaya. Pastikan dalam menjayakan penyusuan, si ibu menjaga amalan pemakanan seharian, tidur yang mencukupi agar tidak merosakkan kecantikan wajah dan diri yang sedia ada. Tidak dinafikan jika amalan pemakanan tidak dititikberatkan si ibu yang menyusukan anaknya boleh kelihatan murung, nampak kulit yang kusam, rambut yang mudah gugur dan banyak lagi. Amalkan memakan buah setiap hari dalam menu atau dapatkan makanan tambahan yang membantu kita nampak muda seperti vitamin C dan E, memakai wangi-wangian di rumah bukan sekadar bila jalan keluar. Ibu yang menyusu tetapi tidak menjaga penampilan diri boleh menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Elakkan makanan yang boleh menghasilkan bau badan yang kurang enak seperti halba (jika anda melalui situasi ini) kerana ia boleh menghasilkan bau badan yang tidak menyenangkan kepada isteri dan bayi yang disusukan.
Elakkan memakai baju yang lusuh beserta kain batik yang tidak nampak cantik supaya suami hanya tertarik dengan isterinya sahaja walau beribu wanita cantik yang ditemuinya seharian. Pakailah pakaian yang menarik mata dan perhatian suami namun jika hidup serumah dengan mertua, pakailah yang bersopan agar tidak menyebabkan fitnah dan zina mata dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.

5. Pandai bahagikan masa untuk suami bermanja.
Bermanja di sini bukanlah semestinya melakukan hubungan intim, namun ia lebih kepada masa kualiti untuk bersembang dan mengenal hati budi masing-masing. Elakkan mencari alasan, bayi mengempeng sehingga tiada masa untuk bermanja bersama suami. Suami adalah ibarat anak kecil yang perlukan perhatian dan belaian kasih sayang. Usahakan sesuatu agar anak tidak mengempeng atau melekat setiap malam. Mak saya kata, kalau kita ada usaha pasti ALLAH bukakan jalan. Si ibu boleh cuba amalkan pemakanan berkhasiat yang kaya dengan protien dan zat vitamin selepas makan malam, agar apabila menyusukan anak, anak mudah kenyang dan tidur dengan lena.


6. Masakkan makanan kegemarannya.
Adakah anda biasa dengar, untuk menjaga kesejahteraan rumah tangga, amalkan menjaga 3 perkara ini untuk suami ....memenuhi 1) keperluan untuk bersama, 2) menjaga makanannya dan 3)menjaga tidurnya. Bagi si surirumah: belajarlah cara2 memasak dengan cepat terutama waktu si kecil tidur. Jika perlu bangkit awal, bangkitlah awal agar dapat menguruskan masa memasak tanpa gangguan. Belajarlah resepi2 yang ringkas tetapi sedap apabila dinikmati. Bagi ibu dan isteri yang bekerjaya kita bekerja atas redha suami maka apa pun yang kita buat perlulah win-win situation. Jika tak larat nak masak, keluarkan sedikit belanja dari gaji untuk membeli makanan. Jika suami kata membazir, katakan padanya sementara sahaja memadangkan hari itu tak larat nak masak. Namun jangan pula minta suami yang keluarkan belanja makan pasti mengamuk sakanlah si suami tadi kerana mengharapkan isteri bekerja membantunya tetapi sebaliknya yang berlaku.


7. Banyakkan berdoa.
Berusaha, berdoa dan bertawakal. Minta dan banyaklah berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan suami yang memahami dan bertanggungjawab serta memberi sokongan dalam menjayakan penyusuan. Segala yang saya nyatakan di atas adalah sebahagian usaha untuk melahirkan suami yang menyokong penyusuan. Namun tidak boleh kita lupa taufik hidayah itu datangnya dari ALLAH jua. Semoga atas niat baik kita menyusukan anak tadi ALLAH memberi kelapangan urusan terutama yang melibatkan suami. InsyaALLAH.



Mungkin ada sesetengah suami suka menzahirkan rasa bangganya apabila si isteri menyusukan anaknya. Namun bukan semua suami begitu sebab mulut lelaki dihatinya tetapi hati wanita dimulutnya. Lelaki lebih suka menzahirkan perasaannya melalui perbuatannya maka sebagai isteri kita perlu tahu gaya lenggok suami kita dalam apa jua urusan kehidupan dan rumahtangga.
Akhir kata, saya suka ingin berkongsi pendapat emak saya....katanya dalam rumahtangga, isteri itu ibarat rel keretapi manakala suami adalah keretapi. Hakikatnya isteri yang membentuk keperibadian seorang suami. Maka layanlah suami sebaik mungkin dan letakkan hak suami di tempat yang betul dan utama untuk bahagia dunia dan akhirat.

Sekian, sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH dan kekurangan itu adalah dari saya sendiri. Wassalam.

Sila Tag dan Share
anakkuwiraku.com

Wednesday, February 23, 2011

20 Perkara Perlu Tahu Tentang Penyusuan

Dari Sumber Majalah PA&MA Ogos 2008

  1. Penyusuan pertama seelok2nya dilakukan secepat mungkin slps bayi dilahirkan,utk meransang penghasilan dan pengeluaran
  2. Sebelum menyusukan bayi,ibu haruslah melembutkan payudara dgn meletakkan tuala hangat pada payu dara
  3. Susu badan mengandungi 87.5 peratus  air.Oleh itu,bykkan minom air sekurangnya enam hingga lapan gelas sehari.
  4. Semakin kerap ibu menyuskan bayinya, semakin banyak susu dihasilkan.
  5. Ibu yg menyusukan secara eksklusif akan kerap lapar
  6. Sepanjang tempoh menyusu, bayi akan mkn apa saja makanan yang dimkan oleh ibunya.Ibu harus mengawal  mengambilan kafein, gula krn ia mudah meresap dlm tubuh
  7. Ibu2 digalakkan kerap menyusukan anak waktu mlm kerana tahap prolaktin tinggi
  8. Ibu hendaklah berhati hati semasa mencuci payudara.Elakkan drpd menyapu sabun pd bghn aerola dan puting
  9. Mencuci payudara dgn air suam adalah terbaik
  10. Payudara yg penuh dan tidak  diperah akan menyebabkan bengkak dan rasa tidak selesa
  11. Bayi yg minom susu ibu secara eksklusif jarang diserang penyakit krn susu ibu mengandungi antibody yg berupaya  melawan penyakit
  12. Vitamin A,B komples,C dan Asid folik antara vitamin penting perlu semasa menyusukan bayi
  13. Susu ibu lebih mudah dihadam berbanding susu formula
  14. Menyusukan bayi dgn susu badan akan membantu tubuh ibu kembali ke bentuk asal dgn lebih cepat
  15. Susu ibu berupaya meningkatkan perkembangan otak dan kognitif bayi
  16. Hormon oxytocin yg terkandung dlm susu ibu membantu mengecutkan rahim
  17. 80 peratus sel  dlm susu  ibu terdiri drpd 'makrofaj'. Sel tersebut berfungsi utk mbunuh bakteria,fungus dan virus
  18. Menyusukan bayi dgn susu ibu  mengurangkan risiko obesiti dikalangan kanak kanak
  19. Susu ibu menyediakan nisbah kandungan lemak,karbohidrat,dan protein yg tepat utk keperluan bayi mengikut tahap umur mereka
  20. Ibu yg menyusu  tidak boleh mengambil ubat-ubatan  tanpa nasihat doktor 

Tuesday, February 22, 2011

Cerita Adik Aqief

Dah lama ibu tak buat entry baru pasal anak2 ibu..maklumlah ibu busy sikit ngn keje dan Mr.M mula melanda ibu..huhuhu..tapi ibu mesti buat jugak entry ini untuk tatapan anak lelaki kesayangan ibu..Muhammad Aqief Muhaimin Mazlan...dah sebulan lebih rupanya adik aqief dah bercerai susu ibu...saat itu  ibu cukup sedih kerana adik terpaksa bercerai susu ibu disebabkan adik baby dalam perut ibu dan alahan teruk ibu semasa mengandung adik baby nie..kasihan adik terpaksa berkorban demi adik baby...sedih ibu hanya Allah sahaja yg tahu...susahnyer adik nak tidur mlm..macam kehilangan sesuatu..selepas ibu dah rasa kurang alahan mengandungkan adik babynie..ibu paksa dan pujuk balik adik menyusu ibu tetapi adik masih ego tak mahu juga susu ibu, adik sekadar masuk kan mulut adik tipu2 hisap kat susu ibu jer..pahtu adik cium2 dan terus tido...menitik air mata ibu melihat telatah adik..adik amat memahami keaadaan ibu masa nie..terharu ibu..ibu masih tk berjaya menyusukan adik cukup 2tahun..umur adik masuk 1 tahun 8 bulan sudah bercerai susu terlalu awal..ibu terpaksa redha kerana itu sahaja rezeki adik...ibu masih juga berharap nanti adik baby lahir dan menyusu ibu, adik akan turut sama menyusu ibu bersama-sama adik baby..itu harapan ibu..tapi masa tu umur adik dah 2 tahun lebih..mungkin adik dah lupa pada susu ibu nie....






 adik aqief seronok sgt main pasir pantai masa balik kg umh tok kat besut masa ibu cuti CNY..seminggu adik b'kepitjerk ngn ibu..ermm tok dan tokki nak ambik pun adik tak mo..risau takut ibu tgl adik yer..ermmm manja betol ank lelaki ibunieh...