sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Thursday, June 23, 2011

Tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
 
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
 
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

Friday, June 10, 2011

Adik Baby

Rasanya sudah lama ibu tak mencatat cerita baru tentang kalian bertiga permata hati ibu dan ayah disini...mungkin ibu terlalu penat,sibuk dgn kalian dan kerja2 ibu sebagai pekerja, sebagai ibu,sebagai isteri serta suri rumah tangga..ermmm jadual ibu sangatlah padat dari pagi sampai malam..memang tiada masa ibu nak update blog ank2 ibunie...tapi harini sebelum ibu melahirkan adik baby..ibu nak buat N3 pasal adik baby sikit...tiadapun cerita pasal adik baby yer..kasihan adik baby...

Sekarang adik baby dah masuk 35 Minggu ++..dah terasa sgt gerakkan adik baby yg aktif..perut ibupun semakin hari semakin membesar dan memboyot..ibu dah rasa tak selesa..tido malam ibupun dah tak lena..rasanyer dah tak sabar ibu nak melahirkan adik baby..tak sabar nak tengok muka adik baby nie mcm maner? lelaki atau perempuan?...ibu dan ayah saja tak mo scan..nak bagi suspen sikit..huhuhuhu..tapi ikut pengalaman ibu dan struktur perut yg memuncung ke depan seperti mana ibu mengandungkan abang aqief dulu ..adik babyni macam baby boy...entahler..ibu dan ayah tak kisah adik baby boy atau girl janji adik baby selamat,sihat dan sempurna...itu doa ibu dan ayah...hari-hari ibu menanti penuh sabar dan disertai dengan penuh debaran..takut jugak nak melahirkan kalinie..kerana sakit bersalin pernah ibu lalui..walaupun pengalaman melahirkan kakak aisyah dan abang aqief sangat mudah..tapi sakit bersalin hanya Allah sahaja yg tahu..walaupun beberapa minit sakitnyer susah nak digambarkan..tiada sakit didunianie yang sama dengan rasa sakit hendak bersalin..ibu mohon pada Allah semoga kelahiran adik baby kalini mudah juga..ibu tak mo rasa "sakittu" lama-lama....oh sungguh ngeri....