sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Friday, March 30, 2012

Berikut adalah sebab kegagalan perniagaan.Pastikan anda menjauhinya!


1.TIADA MATLAMAT
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina.Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa tiga tahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 10 tahun dari sekarang?Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas,perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2.TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Pelanggan merupakan aset utama dalam apa sahaja perniagaan.Utamakan pelanggan,kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan.Malah sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3.TIDAK USAHAKAN JUALAN
Keuntungan perniagaan datangnya daripada jualan.Amat jarang-jarang sekali sesuatu jualan datang dengan sendiri.Usahawan perlu berusaha untuk mendapatkan jualan.Pastikan momentum diteruskan untuk mendapatkan jualan demi jualan,kerana tanpa jualan,tiada keuntungan!

4.TIDAK SABAR
Naruli ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu yang panjang dan bukan meraih keuntungan maksimum pada jangka waktu yang singkat.

5.GAGAL MELETAKKAN PRIORITI
Dikatakan,20 peratus daripada usaha akan menghasilkan 80 peratus daripada pulangan.Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80 peratus usaha perniagaan yang hanya memberi 20 peratus pulangan.Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20 peratus yang memberi keuntungan 80 peratus.

6.MELAKUKAN SESUATU DI LUAR BIDANG
Sebaik-baiknya,jalankan perniagaan yang memang dalam bidang kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang anda,hanya akan mengurangkan motivasi.

7.TIDAK MEMPUNYAI DAYA SAINGAN PADA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan.Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat,sama ada lebih baik,atau lebih murah,atau lebih pantas daripada pesaing.Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing,hanya kan menenggelamkan perniagaan anda.

8.PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan.Namun,sekadar produk,masih tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keprluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kecantikan untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna,bahkan menyebabkan kulit pengguna berminyak pula! Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9.PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG TIDAK BERKUALITI
Zaman ini pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan.disebabkan persaingan semakin tinggi,terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat pelanggan.Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10.GAGAL MENGENAI PASTI PELANGGAN
Siapakah bakal pelanggan anda?Di mana komuniti bakal pelanggan anda?Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda?Bagaimana cara anda boleh mencapai bakal pelanggan?Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran,adalah lebih mudah untuk mengenal pasti pelanggan anda dalam melakukan sebarang jualan.

11.LEMAH DALAM URUSAN KEWANGAN
Fahami angka kewangan perniagaan anda.Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira.Walaupun bunyinya mudah,namun,terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan,walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan,namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12.GAGAL MENGIKUT TREND SEMASA DAN PASARAN
Trend dan pasaran berubah mengikut masa.Umpamanya,satu ketika dulu,walkman menjadi pilihan utama muda mudi untuk berhibur,kini trend sudah berubah kepada pemain MP3!Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan dapat dikemas kini mengikut arus zaman.

13.PERBELANJAAN OVERHED YANG TINGGI
 
Sering kali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed pada paras minimum.Kos overhed termasuk kos elektrik,kos pekerja,kos premis,kos air,kos internet,dan sebagainya.Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan,maka keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000,jika anda ingin dapatkan keuntungan.

14.TIADA PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal.Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan.atur strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih pelanggan.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib,tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15.PERANCANGAN TANPA TINDAKAN
Perancangan hanyalah langkah pertama.Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil!Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan.Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal?Tidak mengapa,kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan.Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda belajar daripada kesilapan.

16.GAGAL BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain.Fahami kehendak dan keperluan pekerja kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda.Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ia dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu,perlu diingat juga bahawa,sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali,bukan bermaksud gagal selamanya.Teruskan usaha kerana kejayaan akan ditemui di sebalik kegagalan!

No comments:

Post a Comment