sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Thursday, January 3, 2013

Kelebihan Garam Buluh




Hai-O Garam Buluh mengandungi bahan mineral yang dikenali sebagai magnesium. Fungsi magnesium adalah untuk mengekalkan kesihatan otot dan saraf, disamping mengekalkan denyutan jantung yang normal dan membantu mengimbangkan tekanan darah. Kekurangan magnesium akan menyebabkan berlakunya penyakit kardiovaskular. Pakar perubatan telah mengesahkan bahawa magnesium memainkan peranan yang penting untuk mengawal aktiviti jantung di mana ia mengawal kadar denyutan jantung dan penghantaran rangsangan. Sekiranya badan kita kekurangan magnesium, kekejangan akan berlaku pada arteri darah yang membekalkan darah dan oksigen kepada jantung. Ia akan menyebabkan fungsi jantung berhenti dan membawa kepada kematian.


Selain itu, magnesium juga mempunyai fungsi perlindungan kepada sistem kardiovaskular. Ia mengurangkan kandungan kolesterol dalam darah dan mencegah berlakunya arteriosklerosis. Pada masa yang sama, ia dapat mengembangkan arteri koroner dan meningkatkan bekalan darah oleh jantung. Disamping itu, magnesium dapat melindungi jantung daripada kecederaan apabila proses pembekalan darah terhalang dan mengurangkan kebarangkalian berlakunya kematian yang disebabkan oleh serangan sakit jantung. Pakar sains juga mendapati bahawa magnesium dapat mencegah kecederaan ke atas sistem kardiovaskular yang disebabkan oleh ubat-ubatan dan bahan-bahan berbahaya disekililing serta meningkatkan peranan anti-toksin dalam sistem kardiovaskular


0136191955-Ieda Rani



No comments:

Post a Comment