Sgt2 gembira nyer hati awk berdua dpt bebas dr kurungan rumah mak dan rumah kita ya...laaayannn gambr awk berdua yg ayah ambik pada 02/10/2011 kat dataran merdeka sementara tunggu ibu dan adik sheera teman mak su tie pilih kain kat Nagoya..
sahabat-sahabat blogger yg dikasihi
Friday, October 14, 2011
Thursday, October 13, 2011
Kek Hari Jadi dr Maklang Tuk Kakak dan Abg Ngah
Sempena Hari jadi ibu ( 02/07/2011) dan Ulangtahun Perkahwinan ibu dan ayah pada (07/07/2011) maklang hadiahkan kek ..tetapi terpaksa tukar nama kepada harijadi kakak dan abang Ngah...padahal hari jadi awk berdua dah lepaspun..huhuhu...mesti tak puaslah tu mkn kek harijadi ibu kat umh tok wan ya..maklang pun belikan kek yg cukup comel utk awk berdua..bukan main happy lg awk berdua....sebab ada kartun gemaran kak yong dan abg ngah mickey mouse dan ultraman..huhuhuhu...terima kasih maklang...
Kek Hari Jadi Ibu Hadiah Dari Ayah..
Ayah buat kejutan tuk ibu..hehehe syg ayah..masatu kak umh tokwan (mak kepada ayah)..nak hantar ibu balik kampung umh tok (Mak kepada ibu)..ibu masatu tgh tunggu masa nak melahirkan adik baby..tetiba ayah buat balik sesuatu..bukak2..jem..jem..ibu sgt terharu...terima kasih sayangggg...muahhhhh..02/07/2011 genaplah umur ibu 30tahun..dah tua ibunie...dan hadiah paling berharga bg ibu sempena hari jadi ibu adalah bakal menanti kelahiran adik baby....dan ulang tahun perkahwinan ibu dan ayah..genaplah empat tahun pada 07/07/2011....semoga hubungan ini kekal bahagia hingga akhir nyawa bersama nyawa kita NURDAYANA BATRISYA,MOHD AQIEF MUHAIMIN dan NURDAYANA BASHEERA..ameen..
Thursday, September 29, 2011
Dugaan Hidup
Musibah lg diambang 2011..rentetan..MAY 2011 bisnes suami hancur kerana tipu daya kawan..kami redha seadanya..July 2011..adik pompuan terjatuh kat rumah sewa dia..jatuh atas almari kaca..terpotong saraf pgelangan tangan, 4 saraf putus..kami redha seadanya..walau ada kecacatan adikku sedikit..kami tetap memohon pada YG KUASA agar tangan dia sembuh sempurna..seminggu slps itu..adik lelaki ku pula kehilangan motor kesayanganya ..baru habis bayar dah lesapp kat tempat kerja..September 2011 dia pula exciden dgn motor adiknya yg baru dibeli adiknya tak sampai sebulan....berlubang kaki..rosak motor..kami redha..lg dibulan september 2011..semalam 28hb September 2011 kami dikejutkan pula dgn berita rumah sewa jururawat pelatih adik pompuanku diperak dimasukki perompak..4 org perompak..habis lesap 6 biji laktop,wang ringgit,dan brg berharga dia dan kawan2nya..siap diugut bunuh kalo buat report kerana perompak mgambil gambar pasport diaorag,nasib baik dia dan kawan2nya tak ada apa2..tapi masih trauma..kasihan adikku...kami...REDHA SEADANYA............
Renungan
Sepasang suami/isteri saling memerlukan antara satu sama lain. Mesti ada lebih & kurangnya ketika bersama. Kesilapan-kesilapan kecil kadang-kadang mengoyahkan rukundamai sesebuah rumahtangga..
Antaranya: 1. Suami/isteri suka membandingkan kelebihan/kemahiran orang lain dgn pasangannya..
2. Suka memuji2 orang lain dihadapan isteri (pujian melampau)..
3. Tapi jika isteri/suami lebih pandai dlm satu2 bidang, tidak ada pula pujian buat mereka..
Kenapa pasangan AMAT SUSAH nak puji sesama sendiri walaupun dgn UNGKAPAN demi kerukunan rumahtangga dan membahagiakan sedikit hati masing-masing..walaupun adakala sekadar pujian melepas batuk ditangga...renung2kan lahhhh...
Wednesday, September 28, 2011
Renungan
Pada suatu hari ketika Rasullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda, “Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mende...ngar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata, “Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda, “Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata, “Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”. Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”. Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”. Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”. “Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?” Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”. “Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah. Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?” Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”. Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?” Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)







