sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, October 3, 2012

Nadi perjuanganku...





Siapa pun kita ingatlah Allah selalu...dalam berjuang mengejar impian letak lah Allah no 1dihati kita..percaya kepada kebesaran Allah apapun perkara akan kita tempuhi akan jadi mudah....yakin dan percaya kita ada KUASA YG MAHA HEBAT sentiasa bersama kita dalam susah mahupun senang..pasti perjuangan kita tak akan sia2...walaupun kadang2 apa yg kita lakukan terlalu mustahil utk dicapai..nescaya dengan pertolongan Allah kita akan dapat lakukan...yang penting jaga hubungan kita dgn Allah...jaga solat..(muhasabah utk diri sendiri juga...)



Mak dan ayah adalah insan paling istimewa dalam hidup ieda ..tiada galang ganti didunia ini...sepanjang perjuangan, ieda letak mak dan ayah jauh disudut hati   demi berjuang mencari perubahan hidup yg lebih baik buat mereka...

ieda tahu ayah hanya seorang tukang rumah yg miskin...berkerja dr muda sampai tua tiada erti jemu membesarkan ank2..hingga sekarang masih berkerja demi sesuap nasik..insyaAllah ieda pastikan sikit masa lg ayah akan berehat...segala impian ayah dr muda yg tak tertunai ieda akan cuba sedaya  upaya tunaikan...Alhamdullilah Allah ketemukan kita satu rezeki yg cukup hebat melalui anak mu ini...doa ayah sudah Allah makbulkan..cuma apa yg ieda nak ..ayah dan mak sentiasa doakan dan restui perjuangan ankmu ini demi hidup keluarga kita yg lebih baik..

Ya Allah panjangkan usia ke dua org tuaku MAT RANI DERAMAN dan JAMILAH ISMAIL..agar hambamu ini dapat berbakti  buat mereka sepuas hati....sebelum diriku kembali kepada mu ya Allah...kerana ku sedar susahnya mak dan ayah membesarkan ku dan adik2 sehingga kepentingan dan impian sendiri tak tertunai...amin ya Allah.........


Thursday, September 13, 2012

BERUBAHNYER HIDUP KERANA PREMIUM BEAUTIFUL PART 1

Salam syg buat kalian yg sudi terjah blog ieda yg tak seberapa ni...

Sekadar berkongsi apa yg berlaku terhadap diri sendiri setelah 6 bulan berbisness PREMIUM BEAUTIFUL..ieda dulu hanya isteri dan ibu biasa2jer yang tahu pergi kerja, balik kerja ambik ank..balik dr kerja masak sikit2..kemas2 rumah ala kadar..hari minggu golek2 ngn anak depan tv..nak keluar tgk bajet ada ker tak..maklumlah semua perlu dikira..keluar jalan2 ank nak mainan, belanja minyak tol semua dah berapa..duit cukup2 bulanjer..kalo keluar mesti habis punya seratus dua ratus..ank bukan sorang..tiga org yg dah pandai mintak itu dan ini...tak sampai hati kalo keluar shopping complex ank nak mainan ibu tak mampu nk beli...sedangkan setiap hari ibu tinggalkan ank2 ibu utk mencari rezeki..berkerja bulan berganti bulan...tetapi bila ank2 nak sesuatu ibu tak boleh nk bg...baik tak payah keluar.....baik ibu simpan tuk beli pampers dan susu ank2jer .kasihan ank2.....hari2 berganti hari mcmtujer....hari minggu berkurungjer kat rumah..bukan aku tak sedar semua tu..tapi buat2 tak sedar..family sendiri pun tak cukup inikan pula nak hulur kat mak ayah sendirikan...setiap hari ku berdoa kpd yg MAHA KUASA ketemukan ku dgn bisness yg mampu bg kesenangan bukan utk diri ku sendiri tetapi utk org lain juga..itu yg aku impikan dan harapkan..selalu lah berangan nak jadi pakar motivasi jutawan gitu..tapi diri sdri tak motivasipun..mcm mana..dan aku sendiri mana nk reti bercakap..huhuhu....TAPI ITULAH HAKIKAT..kalo kita sentiasa mengharap pertolongan Allah dan memohon dr NYA..Allah akan perkenankan doa kita mengikut apa yg kita minta..kadang tak datang dr segi wang ringgit tapi DTG DR BENTUK PELUANG...


INILAH TERJADI KEPADA DIRI IEDA SDRI...

Selepas solat terdetik hati bila tgk korset PREMIUM BEAUTIFUL kat tilam...hati mula berfikir aku dah pakai PREMIUM BEAUTIFUL kenapa aku tak cuba berniaga..sedangkan ramai yg dah mula bertanya perubahan diri....ieda mula yakin PREMIUM BEAUTIFUL mampu ubah hidup ieda insyaAllah ..sampai bila harus aku begini..MAK AYAH DIKAMPUNG harus aku fikir..DIAORG DAH MAKIN TUA...waraskah aku sebagai ank biarkan mereka berkerja walau dimamah usia utk sesuap nasi...aku bukan keturunan HARTAWAN..ank2 makin membesar aku perlu berubah!!!..saat itulah di bulan March 2012 mula add fren MY GREAT MENTOR bakal DDM Salleha Roslan kat facebook..sebab ieda teruja tgk dia kat fb dgn kecantikanyer walau dah beranak dua ..sentiasa jalan2 hari minggu..bestnyerr rasa nak jadi mcm diajerr..kuar ngn ank2 tak berkira waktu...

BERMULALAH EPISOD PERUBAHAN DLM HIDUP IEDA APABILA BERJUMPA DGN MENTOR KESAYANGAN IEDA DI AMPANG PARK MAC 2012...DAN DDM SALLEHA MULA BERKONGSI MCMANA BISNESS PREMIUM BEUTIFUL BOLEH UBAH HIDUP KITA DARI BIASA2 KEPADA LUAR BIASA..SYUKUR PADA MU YG ALLAH DIPERTEMUKAN JODOH DGN DDM SALLEHA DAN BISNESS YG CUKUP HEBAT INI...AKU AKAN PEGANG BETOL2 DAN BUAT BETOL2 SAMPAI ORG LAIN DEKELILINGIKU JUGA NANTI MERASAI KEMANISANYER...  

LAYAN GAMBAR SEBELUM DAN SLPS BISNESS DULU NANTI IEDA SAMBUNG ENTRY INI  DI EPISOD AKAN DTG..CERR MCM DRAMA PULAK YA...



Sebelum berbisness selalu rasa rendah diri dan tak berkeyakinan almaklumlah selepas bersalin ank kedua badan naik mendadak...


NI SEMUA GAMBAR SEBELUM IEDA BERBISNESS DAN MEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL...:)) 

ketara bahagian perut dan pinggang berlampik2 lemak ku huhuhu...setiap gambar nampak tidak bermaya dan tidak berkeyakinan gituuu...







GAMBAR YG KAT BAWAH NI PULA GAMBAR2 YG IEDA DAH MULA BERBISNESS PREMIUM BEAUTIFUL DAN MEMAKAI PREMIUM BEAUTIFUL SECARA KOSISTEN 8 JAM 6 BULAN YANG LEPAS..

Bersama SIFU GLAM CDM HANIS HAIZI








.

Tuesday, June 5, 2012

Salam dearss...

Dah lama rasanya ieda tak update blog nie....sibuk sikit dgn kerja dan bantu rakan kongsi..Alhamdullilah..
bisnes premium beautiful semakin hari semakin ada peningkatan..berkat usaha dan bantuan dr para pemimpin yg amat ieda kasihi...

harini sajajer nak share sepanjang 3bulan ieda berbisnes premium secara partime..dah banyak perubahan dan kemanisan yang ieda dapat..yang paling penting ganjaran untuk diri sendiri..walaupun bonus ieda tak meletop-letop lg tapi hasilnyer cukup ieda puas hati berbanding dulu yang mengharap hanya duit kerja makan gaji semata-mata..ikhlas ieda cakap..tak pernah cukup..untuk diri sendiri kosong..penat sebulan berkerja yang dapat..bulan berganti bulan..tahun berganti tahun..hanya mcmtujer..nak tukar selipar RM10 pun berkira-kira..bukan tak boleh tapi ada yg lebih penting lg..pakailah dulu sampai hancur selipartu baru tukar..

bukan tak teringin tapi tak ada bajet tuk semua tu..Alhamdullilah Allah tunjuk kan peluang utk ieda dengan bisness ni..walaupun baru bermula tapi ganjaran tu semakin hari semakin jelas..mudah-mudahan apa yg ieda rancangkan akan menjadi kenyataan..insyaAllah ieda akan pegang peluang ini sampai bila-bila dan tidak akan lepaskan lg..

tiga bulan berbisness nilah hasilnyer utk diri sendiri..walaupun tak hebat mana dimata org lain..tapi cukup bermakna dimata ieda..kerana dengan hasil usaha ieda sendiri dapat beli semuani....makan gaji bertahun-tahun dulu nak beli bedak RM60pun berkira-kira....lebihan bayar hutang2..dapatlah beli apa yg ieda nak niee...kecik2 dulu..nanti beli yg besar2 pulak..huhu


ieda beli ni tuk hilangkan jeragat teruk kat muka iedani..takperlah kan berbelanja besar sikit tuk muka sendiri..lagipun best giler pakai setni. harga set ni lebih kurang RM746 termasuk cream intensive.. ...dah dekat sebulan lebih pakai Alhamdullilah jeragat dah makin pudar..keyakinan diripun semakin bertambah..winkk..  :P



 New ipad  utk mudahkan lg ieda berbisnes..nak bls mesej2 customer rakan kongsi dimana jua berada hehe..tapi tak mahir lg gunani..ieda kan jakun benda2 mcmni..tapi terpaksa beli hahaha



yeayyyyyy dah siap kasut buatan tangan Ann Loius ieda ni..sebulan baru siap..huhuhu..maklumlah buatan tangankan..dua pasang ni lebih kurang RM420 tak mahalpun kan bukan RM14Kpun..hehe..apalah sgt tuk keselesaan keluar berbisneskan..ngeeeeeeeee..tapi sgt selesa kasutni,ringan dan lembut dikaki....maklumlah buatan tangan yg sangat berkualiti..satu kasut ni satu designjer ya..kalo korang pakai..korangjer lah sorang2 yg pakai....tak kan sama ngn org lain.....walaupun brand Ann Loius tidak dikenali lg dipasaran..insyaAllah ieda akan letopkan nanti..tungguuuu..designer kasut ni kawan ieda sendiri baru nak mula berbisness kasut..sokong kawan2 ya..korang kalo nak tempah pun boleh..nak design ikut citarasa sendiri pun boleh juga..berminat boleh lah sms ieda ya..huhu..kasut ieda ni simplejer yg coklattu wages..tuk nmpak lg tinggi..muahahaha..

Friday, May 11, 2012

Kasihnya Ibu...

Salam syg semua..

Tak kira hari ibu atau bukan hari ibu...kasih syg ku utk emak dan emak mentua sentiasa istimewa..hari2 aku syg mak..hari2 aku ingat mak..tak terluah ngn kata2..jasa mak tak mampu ankmu nk balas..tetapi ku berjanji akan mengembirakan hati mak dan sempurnakan impian mak sebelum daku tutup mata..ya Allah panjangkan umur kami semoga apa yg kami rancangkan dapat disempurnakan..amin..

MOTIVASI UTK DIRI SENDIRI

Cdm Cschan ----Susahsusah dahulu,senang2 kemudian;nak susah bukan susah,nak senang pun tak senang juga.skrg kita susah macmana pun tak boleh lawan dgn kesusahan mak ayah dulu,biar susah skit (betul susah ke dgn bisnes yg kita ada?)memang boleh senangkan mak ayah yg tersayang .......

Sungguh membakar hatiku dgn ungkapan keramat CDM Cshani..Susahker dalam bisni berbanding pergorbanan kedua org tuaku mencari sesuap rezeki utk aku dan adik2..ingt dulu masa ku kecik2 sllu mengikut emak ke muara sungai..menanti emak mencari puncuk nipah utk membuat rokok daun..itu punca rezeki org kg(susah) di pantai timur..aku ank org susah..huhu..masa tu mak mengandung 9bulan dah sarat sgt..tapi mak mampu mdayung sampan ke muara tanpa rasa takut..masuk dalam lumpur dgn perut memboyot,memanjat setiap busut ketam..mgharungi air sungai dgn perut mboyot..tak hirau bahaya mdatang..rezeki perlu dcari utk mkn ank2..menjunjung pula pucuk nipah diatas kepala dgn bebanan yg berat..bukan tk hirau kesihatan diri tapi ank perlu diberi mkn..ayah kerja sebagai tukang rumah manalah cukup..asyik kerja org tak bayarjer..kasihan ayah..(menitik air mata ni haaaaa)dirinya tak mkn tak apa..tgl ank2 seawal 8pg kul 3pt baru sampai rumah..kerja tak habis kesitu..kerja lain pula menunggu..aku tak lah sampai mcm tu dalam bisni..sgt2 senang semua sudah diatur hanya diri sendiri nak ke tak nak..ada barisan mentor utk aku gali ilmu...keluar berbisnes bersama ank2..enjoy jumpa kawan..tak perlu bermain lumpur,mdayun sampan..mjunjung bembanan berat........akan ku buktikan tuk mak..ank mak ni tak akan mewarisi kemiskinan keluarga kita insyaAllah..apa org nak kata..katalah..susah kita hanya kita yg tahu..semoga Allah panjangkan usia mak dan ayah juga buat diriku..supaya kemanisan nikmat bisness ini dapat mak dan ayah rasai..insyaAllah..aminnn>>> Korang baca suka hatilah nk buat ksimpulan bkn aku nk beraih simpati tapi nak buktikan..keluarga miskin tak bermakna kita pun miskin sama...Allah tak ubah nasib kita melainkan kita sendiri..

Friday, March 30, 2012

Berikut adalah sebab kegagalan perniagaan.Pastikan anda menjauhinya!


1.TIADA MATLAMAT
Tiada matlamat yang jelas mengenai apa yang ingin dicapai oleh perniagaan yang dibina.Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa setahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa tiga tahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa lima tahun dari sekarang?Apakah matlamat perniagaan anda dalam masa 10 tahun dari sekarang?Matlamat akan menentukan arah tuju sesuatu perniagaan.Tanpa matlamat yang jelas,perniagaan tidak mempunyai daya dan motivasi untuk berkembang.

2.TIDAK MENGUTAMAKAN PELANGGAN
Pelanggan merupakan aset utama dalam apa sahaja perniagaan.Utamakan pelanggan,kerana apa sahaja perniagaan berfungsi untuk memenuhi keperluan pelanggan.Malah sering dikatakan dalam buku-buku perniagaan bahawa pelanggan adalah raja!

3.TIDAK USAHAKAN JUALAN
Keuntungan perniagaan datangnya daripada jualan.Amat jarang-jarang sekali sesuatu jualan datang dengan sendiri.Usahawan perlu berusaha untuk mendapatkan jualan.Pastikan momentum diteruskan untuk mendapatkan jualan demi jualan,kerana tanpa jualan,tiada keuntungan!

4.TIDAK SABAR
Naruli ramai usahawan adalah untuk menjadi kaya dengan segera.Perniagaan perlu dilihat untuk mendapat keuntungan jangka waktu yang panjang dan bukan meraih keuntungan maksimum pada jangka waktu yang singkat.

5.GAGAL MELETAKKAN PRIORITI
Dikatakan,20 peratus daripada usaha akan menghasilkan 80 peratus daripada pulangan.Kesilapan ketara bagi mereka yang tidak bijak meletakkan prioriti adalah memberi fokus kepada 80 peratus usaha perniagaan yang hanya memberi 20 peratus pulangan.Agihkan kerja-kerja perniagaan yang tidak memerlukan masa dan tenaga anda kepada orang lain supaya tenaga dan masa anda dapat ditumpukan pada aktiviti 20 peratus yang memberi keuntungan 80 peratus.

6.MELAKUKAN SESUATU DI LUAR BIDANG
Sebaik-baiknya,jalankan perniagaan yang memang dalam bidang kekuatan anda.Memulakan perniagaan yang bukan dalam bidang anda,hanya akan mengurangkan motivasi.

7.TIDAK MEMPUNYAI DAYA SAINGAN PADA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN
Persaingan semakin sengit dalam arena perniagaan.Sesuatu perniagaan perlu mempunyai daya saingan yang hebat,sama ada lebih baik,atau lebih murah,atau lebih pantas daripada pesaing.Tanpa daya saingan untuk membezakan anda dengan pesaing,hanya kan menenggelamkan perniagaan anda.

8.PRODUK TIDAK MEMENUHI KEPERLUAN PELANGGAN
Mempunyai produk untuk dijual adalah langkah utama memulakan perniagaan.Namun,sekadar produk,masih tidak mencukupi.Produk yang dijual perlu dapat memenuhi keprluan pelanggan.Mungkin anda ingin jual bahan kecantikan untuk memutihkan kulit,tetapi produk anda bukan sahaja memutihkan wajah pengguna,bahkan menyebabkan kulit pengguna berminyak pula! Maka, produk tersebut tidak dapat memenuhi keperluan pengguna.

9.PRODUK DAN PERKHIDMATAN PELANGGAN YANG TIDAK BERKUALITI
Zaman ini pelanggan mementingkan kualiti produk dan perkhidmatan pelanggan.disebabkan persaingan semakin tinggi,terdapat pelbagai pilihan yang boleh dibuat pelanggan.Produk dan perkhidmatan yang berkualiti akan menjadi pilihan utama.

10.GAGAL MENGENAI PASTI PELANGGAN
Siapakah bakal pelanggan anda?Di mana komuniti bakal pelanggan anda?Apakah kemampuan kewangan bakal pelanggan anda?Bagaimana cara anda boleh mencapai bakal pelanggan?Strategi perniagaan adalah menetapkan tumpuan pasaran (niche market).Dengan menetapkan tumpuan pasaran,adalah lebih mudah untuk mengenal pasti pelanggan anda dalam melakukan sebarang jualan.

11.LEMAH DALAM URUSAN KEWANGAN
Fahami angka kewangan perniagaan anda.Pastikan setiap transaksi perniagaan diambil kira.Walaupun bunyinya mudah,namun,terlalu banyak perniagaan membelanjakan lebih daripada apa yang diterima.Bijak dalam berbelanja untuk perniagaan,walaupun usahawan perlu mengambil risiko kewangan,namun risiko yang terbaik adalah risiko yang telah diselidik.

12.GAGAL MENGIKUT TREND SEMASA DAN PASARAN
Trend dan pasaran berubah mengikut masa.Umpamanya,satu ketika dulu,walkman menjadi pilihan utama muda mudi untuk berhibur,kini trend sudah berubah kepada pemain MP3!Usahawan perlu peka kepada trend semasa dan pasaran supaya perniagaan dapat dikemas kini mengikut arus zaman.

13.PERBELANJAAN OVERHED YANG TINGGI
 
Sering kali kos overhed memakan segala keuntungan perniagaan.Pastikan kos overhed pada paras minimum.Kos overhed termasuk kos elektrik,kos pekerja,kos premis,kos air,kos internet,dan sebagainya.Kos overhed akan sentiasa dikenakan setiap bulan.Sekiranya kos overhed mencecah RM20,000 setiap bulan,maka keuntungan perniagaan perlu melebihi RM20,000,jika anda ingin dapatkan keuntungan.

14.TIADA PERANCANGAN PERNIAGAAN
Tidak melakukan perancangan adalah merancang untuk gagal.Sediakan pelan dan langkah-langkah untuk mengembangkan perniagaan.atur strategi pemasaran untuk mendapatkan lebih pelanggan.Perniagaan menjadi cemerlang bukan kerana nasib,tetapi kerana perancangan perniagaan yang lengkap.

15.PERANCANGAN TANPA TINDAKAN
Perancangan hanyalah langkah pertama.Perancangan tanpa tindakan susulan tidak akan membuahkan hasil!Pastikan apa yang dirancang,diimplementasikan.Apa akan terjadi sekiranya apa yang dilaksanakan tidak menjadi dan gagal?Tidak mengapa,kegagalan akan mengajar anda untuk mengubah perancangan.Kegagalan adalah guru yang paling baik dalam perniagaan sekiranya anda membenarkan diri anda belajar daripada kesilapan.

16.GAGAL BERHUBUNG DENGAN PEKERJA
Sememangnya agak sukar menjalankan perniagaan dengan sendiri tanpa mengagihkan kerja kepada pihak lain.Fahami kehendak dan keperluan pekerja kerana pekerja akan membantu memajukan perniagaan anda.Hubungan yang baik dengan pekerja akan memberi motivasi kepada mereka untuk berusaha dengan lebih tinggi dalam memajukan perniagaan anda.
Dengan mengetahui dan memahami sebab-sebab kegagalan perniagaan,ia dapat membantu anda menghindari dari kegagalan perniagaan.Namun begitu,perlu diingat juga bahawa,sekiranya rezeki perniagaan tidak menyebelahi anda dan anda menghadapi kegagalan,gagal sekali,bukan bermaksud gagal selamanya.Teruskan usaha kerana kejayaan akan ditemui di sebalik kegagalan!

Thursday, March 22, 2012

Kekuatan Semangat ku...

lagu nie..sangat membuatkan jiwa wanita ku terusik..dalam perjuangan ini..ramai sungguh rakan2 yang menyokong dalam masa yang sama ramai juga yang menghina..apapun niat kita hanya lah kerana Allah..apapun daku akan teruskan perjuangan ini...terima kasih sahabatku Nornajwa..hadiahkan ku lagu ini sebagai penguat semangat ku...semoga dirimu sentiasa dalam rahmat Allah..amennn
Semoga perjuangan kita semua tidak kira lah perjuangan dr segi apapun janji mendapat keredhaan Allah..kita mesti terusskan...semoga kita semua mendapat pertolongan Allah..bergantung haraplah padaNya..sekiranya kita jatuh kita tidak akan bersedihh dan kecewa..jika kita berjaya kita tidak akan sombong dan riak insyaAllah..:)