sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Tuesday, September 27, 2011

Cendol resepi turun temurun mak

Memandangkan mak tauke air cendol terkenal kat kampung...air cendol mak memang perrrghhhh..tak leh lawan..buat daku leleh air liur..jadi bualan pelanggan tetap mak..ok kat sini  daku nak tepet resepi buat cendol dr mak daku..suatu hari nanti jika ibu dan tok mok dah takder, cahaya hati ibu nk mkn cendol leh lah wat sendiri ya..

1.TEPUNG BERAS 1 PLASTIK KECIL
2.7 GELAS AIR
3.KAPUR SEDIKIT SAHAJA
4.DAUN PANDAN SECUKUP RASA

CARA BUAT:-
BLEND DAUN PANDAN + 7 GELAS AIR + SEDIKIT KAPUR ..SLPS ITU MASUKAN SEMUA BAHAN TU DLM TEPUNG BERAS, LETAK ATAS API SEDERHANA KACAU PELAHAN2 JGN BERKETUL SEHINGGA SEDIKIT PEKAT, BILA DAH PEKAT TUTUP PERIUK DAN KECILKAN API, 10 MINIT KEMUDIAN BUKA BALIK TUDUNG PERIUK DAN KACAU LAGI HINGGA  BERSINAR DAN BETOL2 PEKAT..LPSTU BOLEHLAH MATIKAN API DAN TITIK DALAM SARANG CENDOL DI BAWAH AIR SEJUK....BIARKAN SEKEJAP..LEPASTU BOLEHLAH BUAT AIR CENDOL..CAMNER NAK WAT AIR CENDOL BEST MACAM AIR CENDOL TOK MOK NANTI IBU BUAT N3 AKAN DTG PASAL AIR CENDOL YA...

 Gambo dr mr.google..tq ya pinjam gambo jap..hehehe..nanti balik kg ibu snap gambo cendol tok mok ya..

Renungan

19 Keistimewaan Wanita Menurut Hadis

1. Doa wanita itu lebih makbul ...daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Cahaya Hati ibu

 Kak Yong Aisyah Lahir 08/04/08

 Abg Ngah Aqief Lahir 07/05/09
             
 Adik Sheera Lahir 11/07/11

Monday, September 26, 2011

Rasa Terpikir dan Terpukul

Tengah daku syok2 baca N3 kat blog  kak mieja tertiba jumpa N3 kak mieja pasal SAYU....daku apa lg clicklah kat link blog dia yg kak mieja bgtu...dakupun bacalah..waaaaaaaa..betolah kak mieja..sedih dan sayu rasa hati..air mata ku luruh tak terkata membaca cerita tentang kisah hidup MAWAR  yg kematian suaminya...Semoga Mawar tabah menghadapi dugaan dr yg MAHA KUASA...Allah tidak menduga seorang hambanya sekiranya hambanya tidak manpu menghadapinya..setiap hamba lain dugaanya..daku amat tersentuh dengan kisah hidup mawar krn dia ibu muda yg  'manja' dgn suaminya..terpaksa membesarkan ank2nya Embun dan Kekwa yg juga terlalu 'manja' dan rapat dgn ayahnya...dari kisah hidup Mawar, aku terpikir sendiri aku juga seperti dia, ank2ku juga seperti ank2nya..seorang isteri yg terlalu bergantung harap pada suami dalam semua hal..aku juga masih tidak punya lesen kereta seperti mawar...ohhh..sunguh aku rasa terpukul..aku mesti ambik lesen kereta juga kali ini..aku tidak mahu lagi mengharapkan semua hal pada suamiku....ku tak nafikan kerana suamiku yg terlalu 'manja'kan aku menyebabkan aku tak ambil kisah pentingnya 'Lesen kereta' dalam kehidupan wanita hari ini...aku mesti belajar berdikari juga...ajal maut kita tidak tahu bila dtg menjelma..aku memohon padamu YA ALLAH panjangkanlah umurku dan suami..biarlah aku dan suami besarkan ank2 kami dahulu sehinggalah dia boleh berdikari sendiri....buat Mawar daku berdoa semoga akan datang sinar kebahagiaan nanti dalam hidup Mawar dan anak-anak...

Friday, September 23, 2011

Dah lama tak update Blog ank2 ku ini...

  Sudah Lama aku tidak menulis sesuatu kat blognie..rasanya dah 3 bulan kot..maklumlah aku balik berpantang kat kg..lgpun masa dalam pantang memang aku malas giler nk berblog bagai neh..masa dalam pantang haritu sgtlah sibuknyer akuni melayan kerenah 3 org ank2 ku ini...maklumlah kakak yong dan abang ngah bertukar perangai semasa ibu berpantangtu...lasak yang amat..hari2 main pasir kat umh tok tu...abg ngah pulak lebih 3 kali sehari mandi..adatu ibu pernah kira lebih sepuluh kali abg ngah mandi..ermmm pampers 1 pek tu tahan 5 harijer...uhuks..takmo ibu nak ingat lg masa dalam berpantang adik baby..ibu tak boleh nak rehat dan berpantang mcm ank sulong dulu...penat sgt2..adatu sampai ibu menangis sendiri kerana terlalu penat melayan karenah kak yong dan abng ngah..tapi nak buat macammana ibu redhajer..nasib baik ibu sihat walaupun tak berpantang sgt..dua hari bersalin ibu dah berkejaran dgn abang ngah dan kak yong dihalaman rumah tok..hari2 ibu terpikir nak balik KL jer berpantang umh sendiri..lg senang ibu ngn babyjer kat umh kita..kak yong dan abg ngah ibu hantar umh mak senang cerita..tapi apakah daya kerana ayah tidak mampu utk melakukan dan memenuhi permintaan ibu itu..ibu redha seadanya...... sedih pun ada..tapi mungkin ada hikmah disebaliktu..walaupun ibu tak boleh nak pantang dan manja2 sgt..ibu tak pernah tinggal bertungku dan mkn maajun tradisional kg serta berkorset dengan BEUTIFUL ..Alhamdullilah ibu sgt sihat dan bertenaga berbanding dr ibu melahirkan kak yong dan abang ngah dulu..kalinie lebih sihat dan bertenaga,sengal2 badan akibat melahirkan juga hilang......dalam masa dua bulan tempoh berpantang tu jugak ibu dapat kembali ke bentuk badan asal ibu dgn cepat..ermm berbaloi ibu beli korset beutiful,bertungku ikut arahan tok,menyusu adik baby dan makan maajun tradisional dengan RAJINnyer..huhuhu

Thursday, June 23, 2011

Tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan

Informasi bermanfaat utk di war-warkan kpd mommies. Mungkin masih ramai mommies yg kurang pasti tentang bahaya dan keburukan memberi AIR MASAK kepada bayi yg berusia di bawah 6-bulan. Antara keburukannya adalah:

MERENCATKAN
Amalan memberikan air kpd bayi boleh merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa dan menyebabkan sawan tarik. Tumbesaran bayi akan terencat jika selalu diberi air kerana perutnya yg masih kecil dan belum matang sepatutnya diisi dengan susu ibu yg penuh khasiat dan nutrisi penting utk tumbesaran bayi seawal 6-bulan yg pertama.*Air masak tidak mengandungi ape2 khasiat. Ia adalah semata-mata air KOSONG*


PENCEMARAN
Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat samada dari sumber air itu sendiri atau dari bekas yg digunakan untuk mengisi air. Ini akan mendedahkan bayi kpd cirit-birit.*Susu ibu diberi kpd bayi secara direct dari breast dan tidak ada possibility ianya dicemari DAN susu ibu yg diperah mempunyai anti-bacterial properties dan bakteria tidak akan mudah membiak di dalam susu ibu. CONFIRM selamat untuk bayi!*
 
MENGHAKIS
Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yg terhasil daripada susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.*Susu ibu build ups protection in baby’s stomach. That’s why bayi yg menyusu badan mempunyai imuniti yg kuat*
 
JAUNDIS/DEMAM KUNING
Bayi jaundis yg diberikan air masak yg banyak (konon-kononnye untuk meredakan jaundis) boleh merencatkan AKAL bayi tersebut. Untuk bayi yg berusia 5-minggu ke bawah, jika diberikan air masak yg banyak akan menyebabkan kandungan garam di dalam badannya cair. Apabila kandungan garam di dalam badan cair, suhu badan akan menjadi rendah dan ini akan mengakibatkan bayi kembung atau sawan tarik.*Ramai yg bagi petua kat saya semasa preggy dulu, kalau nak avoid anak kena jaundis, bagi baby minum air masak banyak2. Teori ini adalah SALAH sama sekali.

**********Ubat jaundis ada DUA shj –> SUSU IBU & PHOTOTHERAPY! Susukan bayi sekerap mungkin supaya bayi dapat menyingkirkan bilirubin dari tubuhnya melalui najis*
Semoga kita semua menjadi parents yg prihatin! =)
Sumber dari : Buku “Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya”

Friday, June 10, 2011

Adik Baby

Rasanya sudah lama ibu tak mencatat cerita baru tentang kalian bertiga permata hati ibu dan ayah disini...mungkin ibu terlalu penat,sibuk dgn kalian dan kerja2 ibu sebagai pekerja, sebagai ibu,sebagai isteri serta suri rumah tangga..ermmm jadual ibu sangatlah padat dari pagi sampai malam..memang tiada masa ibu nak update blog ank2 ibunie...tapi harini sebelum ibu melahirkan adik baby..ibu nak buat N3 pasal adik baby sikit...tiadapun cerita pasal adik baby yer..kasihan adik baby...

Sekarang adik baby dah masuk 35 Minggu ++..dah terasa sgt gerakkan adik baby yg aktif..perut ibupun semakin hari semakin membesar dan memboyot..ibu dah rasa tak selesa..tido malam ibupun dah tak lena..rasanyer dah tak sabar ibu nak melahirkan adik baby..tak sabar nak tengok muka adik baby nie mcm maner? lelaki atau perempuan?...ibu dan ayah saja tak mo scan..nak bagi suspen sikit..huhuhuhu..tapi ikut pengalaman ibu dan struktur perut yg memuncung ke depan seperti mana ibu mengandungkan abang aqief dulu ..adik babyni macam baby boy...entahler..ibu dan ayah tak kisah adik baby boy atau girl janji adik baby selamat,sihat dan sempurna...itu doa ibu dan ayah...hari-hari ibu menanti penuh sabar dan disertai dengan penuh debaran..takut jugak nak melahirkan kalinie..kerana sakit bersalin pernah ibu lalui..walaupun pengalaman melahirkan kakak aisyah dan abang aqief sangat mudah..tapi sakit bersalin hanya Allah sahaja yg tahu..walaupun beberapa minit sakitnyer susah nak digambarkan..tiada sakit didunianie yang sama dengan rasa sakit hendak bersalin..ibu mohon pada Allah semoga kelahiran adik baby kalini mudah juga..ibu tak mo rasa "sakittu" lama-lama....oh sungguh ngeri....