sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

Tuesday, December 3, 2013

BIOVELOCITY SLEEPMATE

APA YANG ADA DALAM BIOVELOCITY SLEEPMATE??

1.CAHAYA MATAHARI PAGI WAKTU DHUHA

Matahari adalah sumber tenaga yang menggerakkan kesemua kehidupan dalam bumi. Benda hidup adalah makhluk yang bertenaga, atom-atom dan elektron-elektron di dalam badan kita menghasilkan satu aliran medan tenaga di mana ia membekalkan tenaga yang mencukupi untuk sel-sel badan bekerja pada tahap yang optima. Dengan kata lain, tenaga adalah daya hidup dan ia adalah sumber kesihatan dan semangat manusia.Keseimbangan tenaga adalah berdasarkan kewujudan corak tenaga di dalam dan di sekeliling badan yang membentuk satu matrik yang digunakan oleh badan untuk mengekalkannya dalam keadaan "sihat".

Medan tenaga manusia dibentuk untuk mengekalkan kesihatan badan. Sel-sel badan berkomunikasi di antara satu sama lain melalui gelombang (frekuensi) yang unik kepada setiap orang. Semua tisu seperti kulit, hati, tulang dan organ-organ lain mempunyai tenaga dan beresonan ke atas frekuensi tersendiri. Bioresonans bermakna mengedarkan semua frekuensi yang diperlukan untuk rangsangan dan penyelarasan organisma yang muktamad.Bagaimanapun, pemodenan kini telah membawa kepada kemerosotan medan tenaga manusia secara mendadak. Gaya hidup yang penuh tekanan, penggunaan alat elektronik yang meluas, pencemaran alam, makanan yang tidak seimbang, gaya hidup yang buruk serta toksin-toksin yang dihisap telah membawa ketidakseimbangan frekuensi elektromagnetik atau medan tenaga. Dengan ini, sekatan tenaga dihasilkan justeru mengganggu pengaliran tenaga utama atau daya hidup. Masalah kesihatan kronik mulai timbul dan menjadikan badan sukar untuk menyembuhkan diri.

2.KEBAIKAN BIOVELOCITY SLEEPMATE

Manusia telah menghabiskan 1/3 daripada masa mereka dalam tidur; oleh itu, tidur dan rehat yang berkualiti adalah penting untuk kesejahteraan kita. Ia adalah penting untuk kesihatan fizikal dan mental, dan untuk mengoptimakan fungsi-fungsi harian kita. 

3.APAKAH ITU TIDUR YANG BERKUALITI?

Tidur yang berkualiti bermakna mempunyai jangka masa rehat yang cukup serta mendalam yang membolehkan seseorang sedar selepas membangun dan segar selepas membangun dan segar sepanjang hari. Disuntik/disembur garam laut dalam didedahkan pada cahaya matahari selama sebulan pada waktu pagi sahaja sebab masa ni ada unsur istimewa pada cahaya matahari untuk kesihatan.-Gabungan teknologi dari Kajian selama 20 tahun, hasil kajian saintis Jerman, garam laut dalam dari Korea dan di kilangkan di Malaysia.

4.KENAPA GARAM ?

Rawatan garam sudah lama di amalkan di blok Soviet dan Eropah timur dan negeri China. Garam juga mainkan peranan penting dalam perubatan Islam dan gangguan makhluk halus serta penawar racun.Di adun dalam bentuk Bio Velocity dengan kelajuan gelombang yang berupaya menembusi badan manusia, bergetar dan bertindak dengan molekul air dalam badan, ikatan air terputus terbebas tenaga dalam bentuk haba dan menghasilkan oksigen.

Bila haba di bebaskan ia melarutkan kolestrol yg tersumbat di salur darah juga larutkan darah beku di arteri jantung dan otak, darah lancar seluruh badan.Bila darah lancar semua masalah kesihatan akan kembali dgn izinNya, hormon seimbang, pembaharuan sel berlaku sebab tu kita boleh jadi semakin sihat dan awet muda.

5.KENAPA TENAGA MATAHARI DAN GARAM NI DIPROSES PADA BVSM ?

Masa tidurlah renewal sel berlaku, tetapi hanya dengan tidur yang lena.BVSM membantu untuk dapatkan 'deep sleep' tanpa gangguan supaya segala proses penyembuhan berlaku dengan maksima yg mungkinOtak dapat berehat dari sebarang emosi, interaksi dan membuat keputusanTidur yang lena dengan sleepmate akan pulihkan aura, tenaga dan juga jiwa yang tenang

Sunday, December 1, 2013

Testimonial Bengkak Susu Dalam Pantang

Testimonial diri sendiri semasa berpantang dengan premium beautiful corset

Salam semua..sebab ramai ibu hamil kat luar sana..ieda terdetik hati nak share pengalaman ieda agar boleh jadi sedikit panduan buat ibu yang bakal melahirkan baby nanti.


Ini adalah pengalaman sendiri bengkak susu setelah 4 hari bersalin, ieda memang tidak boleh direct breast feed baby faris, doktor minta ieda pam susu untuk simpanan dan diberi kepada baby faris sepanjang dia di wad NICU..power of susu ibu adalah anugerah Allah yang sangat hebat...terima kasih kepada Hospital Ampang kerana menyokong sepenuhnya penyusuan susu ibu..sepanjang ieda dihospital penyusuan baby sangat selesa..kemudahan seperti bilik menyusu penyimpanan stok..cara-cara pengedalian simpanan stok susu ibu diajar begitu sistemetik oleh jururawat yang bertugas, memang ieda tabik spring kat diaorang..terima kasih buat semua doktor dan semua jururawat wad 4D..WAD A dan Wad NICU sebab menjaga dan merawat baby faris dengan baiknya selama tujuh hari disana.. Allah sahaja dapat balas jasa kalian.. 

Hari ketiga ieda cuba urut dgn bantuan jururawat utk stimulate susu tu..perah guna tangan dan pam juga..pada malamtu hanya keluar 3 titik sahaja..tetapi jururawat tetap ambik susu perahan yg beberapa titiktu untuk disuapkan kepada baby faris..jururawattu cakap Allah dah cipta kolestrum dari susu ibu terbaik utk baby...menghalang kuman-kuman yg tidak baik dalam tubuh baby diawal kelahiran baby...walaupun 3 titik khasiat dia hanya Allahjer tahu...setiap ibu pasti ada susu..itu janji Allah...percaya itu..jangan mudah nak bagi baby susu formula..melainkan kita ada masalah kesihatan..

Doktor nasihatkan ieda tetap pam..sebab baby tak boleh nak hisap direct...fokus susu pasti akan banyk walaupun berjam jam ieda pam hanya keluar setitik dua titik jer...malam ketiga tu ieda pam sehingga 2 jam..hanya 3 hingga 4 titik jer yang keluar..sampai naik kebas urat belakang pinggang sebab kita baru lepas bersalin kan..tetapi kasih ibu utk ank mengatasi sakit tu...

Ieda pam tiada jemu..buat power pumping sepuluh minit sekali sehingga satu jam..dan rest sejam buat lagi..hingga tak tido untuk hantar ransangan ke otak bahawa ieda nak susu keluar banyak.."supply and demand" tu penting untuk banyakkan susu..

Hari keempat breast ieda mula bengkak yg amat..sakitnya hanya Allahjer tahu...kita nak bagi direct breastfeed baby tak boleh...walaupun ieda pam keluar susutu tetapi bengkak dia tak hilang..ngilu dia macam orang tores-tores dengan pisau, panas mula rasa nak demam..sampai ieda sesak nafas tahan sakit..terketar ketar..ieda ambik air suam..tuam dengan tuala panas macam biasa ieda buat masa menyusu anak yang lepas..tetapini lg teruk bengkaknya..sakitnya Allahuakhbar.....

Lepas tuam dengan tuala suam bengkak hilang sikit...tapi sakit tetap ada berdenyut denyut..walaupun ieda pam ada keluar susu dapat 4oz..tapi sakit tetap ada hingga kat belakang dan pinggang..sakit bersalin lagi terpaksa tahan..kaki tangan semua kebas sebab tak cukup rest ulang alik tengok baby Faris kat Nicu..

Dalam keadaan sakit terketar ketartu..sampaijer rumah ieda terus capai premium beautiful corset, ieda pakai 1 set..alhamdullilah ieda boleh pakai saiz girdle 76..bekung 70 baru 4 hari bersalin!!..tetapi bra ieda pakai saiz ieda yang dulu-dulu punya..ieda kan dulu gemok huhu iaitu saiz 95C,sebab nak besar sikit lilitan supaya senang ieda nak pam susu..dan tak mahu ketat sebab breast tengah bengkak dan sakitkan..

Ya Allah ajaib nya premium beuatiful corsetni ..ieda pakai jer dalam 15minit hilang sakit pinggang..breast ieda yg berdenyut denyut dan sakit tu hilang serta merta..breast jadi lembut dan ieda pam lepas tu dah tak sakit dapat 6 oz!!...

Pagi hari kelima..ieda badan segar sangat...breast dah tak sakit...susu makin bertambah..alhamdullilah..disamping tu ieda tidur balut dengan selimut dhuha aka Biovelocity Sleepmate sama..berpeluh peluh ieda...segarrr sangat tak payah nak bersauna dan bertungkudah..maklumlah nak cari tungku mana kat Kuala Lumpurni..nak urut pun tak tahu tukang urut mana..tapi alhamdullilah premium beautiful Corset dan Biovelocity Sleepmate sangat membantu ibu-ibu dalam pantang..nak-nak kes kecemasan macam iedani....

Kepada ibu-ibu hamil yang baca blog ieda ni..bersedialah dengan set Premium beautiful corset dan selimut dhuha biovelocity sleepmate..sangat sangat membantu dan sangat berbaloi dengan pelaburan anda..beli sekali jaminan seumur hidup..sakit bengkak susu dan sakit urat lepas bersalin hanya Allah jer tahu sakitnya macam kena tores hidup-hidup tu..huhu....premium beautiful corset memang terbaik untuk elak bengkak susu dalam pantang..

Untuk free fitting cari ieda ya -0136191955

Pentingnya Ilmu untuk berjaya

Salam sahabat semua..


kita nak berjaya bukanlah perkara mudah untuk kita lakukan..nak-nak kita ni hanya oang biasa yg tak punya apa2..ilmu pun tak tinggi mana..sekolah pun tak berapa nak pandai...pulatu seorang isteri yg banyak bergantung pada suami...ini cerita ieda sendiri..ramai kawan2 yg ceburi perniagaan sama dengan ieda bertanya macam mana ieda lakukan dari zero ilmu perniagaan hinggalah ieda dapat capai satu persatu impian ieda..

Ini semua tidak susah sebenarnya sebab perniagaan yang ieda lakukan ini bermentor ada guru yang betul2 terbukti berjaya yang didik dan memberi jalan serta tunjuk ajar kepada ieda..tugas ieda hanya follow bulat bulat dan bertindak tanpa banyak alasan....kalo banyak alasan perniagaan akan jadi susah  dan pasti kita akan kecundang ditengah jalan...bak kata sifu ieda CDM Salha Zain..kalo letak Donalph Trumph kat sebelah pun ajar kita berbisness tapi kita sdri tak nak dah block otak kita dari ilmu2 ni..kita pasti tak kemana juga..buang ego dan bodoh sombong kita tu..nak berjaya kena ikut org yg terbukti berjaya jangan ikut sedap kepala otak kitajer..

Perkara utama nak berjaya kita kena ada ilmu perniagaan..kenali perniagaan kita ni..sayangi perniagaan kita ni...itu sebab kenapa kita harus pergi kelas dan cari ilmu itu..untuk kita rasai dan cintai perniagaan kita tu sebenarnya..kenapa ieda cakap macamtu sebab kita ni bukan minat sangat nak berbisness ni..mungkin kerana desakan hidup..nak ubah hidup dan mencari pendapatan lebih membantu keluarga..kerja mkn gaji ala2 kadar aja...oleh itu kita pilih untuk berniaga..tapi ingat berniaga tanpa ilmu ibarat minum air tea tanpa gula...terlebih tea gituuu..banyak yg pahit dr manisnya..akhirnya tak minum lah air tea tu..buangjerrr...kalo nak kemanisan dalam berbisness pokok pangkal nya kita cari ilmu dulu...

Sama dgn ieda permulaan berbisness 3 bulan pertama ieda pun tak ada rakan kongsi..ieda disiplin kan diri mesti hadir semua kelas ilmu yang diajurkan oleh stokis B32 mahupun group under TLC sendiri..susah dengan ank...suami tak bagi dan tak sokong..tak ada transport..duit tak ada...jauh..kerja..penat..itu semua bukan alasan untuk ieda tak hadir kelas ilmu..ieda tolak tepi dan pejam mata sekejap untuk mencari kehebatan dalam bisness ini..ieda pegang satu jer..aku nak berjaya dalam bisness aku sendiri...aku nak capai segala impian aku..aku mesti bersabar dulu dalam susah payah untuk tahu apa sebenarnya bisness ini..kalo aku buat membabi buta tanpa ilmu pasti aku tak rasa apa-apa, lama-lama pasti akn rasa susah dan tak mustahil aku akan give up!..oleh itu kita harus kenali dan cintai bisness ini dulu...


awal2 bulan pertama ieda join bisness rakan kongsi pun tak ada lagi datang ditemani adik beradik TLCjer..tapi takper selalu tanam kan niat sekarang aku sorang-sorang nanti aku dah cukup ilmu pasti Allah hadirkan rakan kongsi buatku...dan realiti hari ini janji Allah itu pasti buat yg berusaha dan bersabar...Alhamdullilah rakan kongsi ieda sekarang seluruh malaysia sabah sarawak..brunei..singapore..janji kita cukupkan ilmu dulu..mcm mana nak berbisness kalo tak ada ilmu..kasihan rakan kongsi kita nanti..macam mana kita nak tolong diaorg kalo kita sendiri pun tak tahu apa-apa pasal bisness kita..yang paling dasyat nak kira harga sesuatu produk pun tak tahu...huhu..macama mana nk berjaya tu...




orait..nnti sambung balik...:P

Friday, June 21, 2013

Pergi luar negara pertama kali dalam hidup ini..

Salam...

wahhh gituuu sudah lama sgt ieda tak update blog ni ya...dah bersawang dah...maaffff..sibuk sikit ieda nk siapkan rakan2 kongsi semua bonus besar gituuu...mlmni ieda ambik peluang jap tuk update sikit kenang kenangan yang terindah kat paris london haritu...

tak tahulah ieda nk cerita macam mana perasaan ieda masatu..masuk jer bulan Mac 2013 hati dah tak keruan..maklumlah nk pergi oversea beb..oversea tuuuuuu..dalam bahasa melayu luar negara okeyyy... bukan indonesia mahupun singapore, ni eropah beb LONDON dan PARISSStuuuu kelasss ko jahh!!...mahu tak gelabah ieda..dalam hidup tak pernah ieda impikan nk pergi sana..nak bercuti langkawi pun tak pernah hayat sampai hingga harini...tak sangka pada 8 mac 2013 ieda,suami dan seluruh usahawan hai o diterbangkan ke kota LONDON...korang yang berduit mungkin gelak besarkan..alahai pergi london pun nak kecoh tol tak...tu utk korang yg berduit..kalo mcm ieda hanya ank org kg ni tak terfikir tuk pergi melancongtu..buang duit ribu2 baik guna utk kepentingan lain..walaupun dalam hati ni teringin jer...tapi tak mampu pendam ajalah..

Alhamdullilah bertemu jodoh dgn company yg cukup hebat yg telah ubah 360 darjah kehidupan ieda..bukan setakat diri sendiri tapi termasuk keluarga yg disayangi dikampung...

pertama kali naik kapal terbang lama plak tu..lebih 12jam..puas hati tak??? tak pernah hayat naik kapal terbag terus cramp bontot akuu dalam tu..

orait takmo cerita banyak..jommm layannnn kenangan terindah ieda kat sana...terima kasih kepada Syarikat yg memberi platform berniaga yg cukup hebat kepada semua usahawan....kepada stokis CDM Chan dan Madam Lam..penaung b32 sifu millionaire kami CDM Abg Lan dan CDM Kak Ana...penaung TLC CDM Salha Zain dan CDM Alfaath..direct Leader ieda yg bnyk bagi motivasi kat ieda bakal CDM Salleha Roslan..jasa mereka tiada tolak banding semoga Allah sahaja yg mampu balas serta sentiasa merahmati  ke atas hidup mereka dan seluruh ahli keluarga mereka amin...jommm layan gambar .....





































Di Kota Paris





















Kalian jgn lah gelak ya tgk gambar2 aku yg sangatlah jakun ini bila jejak kan kaki ke kota london dan paris...aku hanya ank org kampung biasa-biasa aja..bila dapat peluang mcm ni hanya Allah jer tahu perasaan dan hati aku saat ini...siapa kita dulu tidak penting tetapi siapa kita hari ini untuk berani mulakan langkah pertama akan mengubah kehidupan kita hari esok...aku boleh lakukan anda lagilah BOLEHHHH!!